Berdasarkan pengalaman saya selama 20 tahun di sebuah syarikat yang berkecimpung dalam bidang pembangunan hartanah/pembinaan dan pengendal lebuhraya, saya merasakan kenyataan atau soalan ini agak tidak releven. Jika kos binaan dikira dengan perbandingan 'apple to apple' pada pandangan saya harga projek Kerajaan akan menjadi lebih murah.
Berbanding projek swasta, keseluruhan kos adalah tertumpu kepada pembinaan dan tidak kepada perkara-perkara 'preliminary ' seperti kemudahan kenderaan, komputer, perjalanan dan sebagainya. Walau pun perbelanjaan bagi perkara tersebut kecil namun akan secara langsung meningkatkan kos pembinaan.
Kebanyakan projek swasta tidak memperuntukkan pembelian peralatan utk penyeliaan projek dalam kos projek mereka. Syarikat kami saya pernah mendapat tender membina IKM di Serom 5, namun tiada peruntukan dibenarkan utk pembelian aset berbentuk kemudahan kepada wakil Techart (MARA) di tapak.