Negara Malaysia mempunyai banyak bangunan warisan yang unik dari segi struktur dan rekabentuk. Bangunan warisan ini penting untuk dipulihara kerana dari segi sejarah yang dimiliki dan kepentingannya untuk dikekalkan bagi generasi masa hadapan (Ramli, 2011). Usaha pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia telah mula berkembang dan diberi perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (Kamal, 2011). Antara contoh bangunan warisan yang telah dipulihara baik adalah seperti Bangunan Lama Ibu Pejabat Pos Ipoh, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Keretapi Ipoh dan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Persoalannya adakah pengurusan projek pemuliharaan (konservasi) yang dilaksanakan oleh JKR penting atau tidak? Dan apakah kaedah yang harus dikenalpasti bagi mengurus projek konservasi jika ianya penting?