search
Log In
24 votes
222 views
JKR banyak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek berkaitan pemuliharaan bangunan warisan. Dalam melaksanakan projek-projek sedemikian ianya melibatkan perundangan seperti Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan 2012 oleh Jabatan Warisan.

Oleh demikian sebagai agensi pelaksana teknikal terbesar, sesuatu yang harus difikirkan adalah bagaimana kita dapat mengurus dan melaksanakan projek pemuliharaan dengan betul berdasarkan prinsip dan etika dalam pemuliharaan bangunan warisan dan bersejarah seperti contoh Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Parlimen yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan.
in Risk Management 11,530 points 8 14 22
0
PERLU. banyak projek di JKR Negeri melaksanakan kerja konservasi dan sehingga kini kita terlalu bergantung dengan keupayaan perunding sahaja dan tiada menetapkan sebarang garis panduan.

 

Mohon pihak atasan mengambil maklum akan isu ini

8 Answers

7 votes

JKR telah diberi tanggungjawab untuk menyelenggara aset negara. Oleh itu pada pandangan saya amatlah perlu diadakan garis panduan seperti dicadangkan sebagai contoh negara jiran Singapura yang mempunyai garispanduan. http://www.ura.gov.sg/uol/~/media/User%20Defined/URA%20Online/Guidelines/Conservation/Cons-Guidelines.ashx

34,200 points 16 57 148
7 votes
SEMESTINYA PERLU. JKR mungkin boleh memainkan peranan dalam merangka dasar awal dan mengabungkan konservasi dengan keperluan teknologi hijau dan juga sistem BIM. Sistem konservasi JKR mungkin boleh menekankan/memasukkan "Sustainablity and Heritage Value" yang mana setiap projek konservasi mempunyai mata penanda aras yang mampu memberi takrifan sama ada projek tersebut mampu dilaksanakan dengan jayanya atau sebaliknya.
2,170 points 2 7 17
5 votes
Perlu diwujudkan garis panduan tersebut.
10,210 points 33 70 107
5 votes

Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan amat diperlukan kerana ianya adalah satu garis paduan dan rujukan bagi mengurus sesebuah projek Bangunan Warisan. 

Sebagaimana yang kita telah maklum, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara telah dan sedang menambahbaik Garis Panduan Penyenggaraan Aset Warisan  iaitu sebuah garis panduan yang dibangunkan bagi membantu di dalam penyenggaraan aset warisan. Aset Warisan adalah sesuatu yang perlu kita hargai dan ianya perlu diurus dan disenggara dengan cara yang betul dan tepat. 

Oleh itu, Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan adalah amat-amat diperlukan untuk dibangunkan oleh oihak JKR selaku agensi pelaksana teknikal terbesar di Malaysia.

22,410 points 22 83 142
5 votes

garis panduan telah ada di Jabatan Warisan Negara. sila rujuk pautan di bawah

Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan

7,320 points 11 38 59
4 votes
Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan telah ada dan Jabatan yang bertanggungjawab menyediakan adalah Jabatan Warisan Negara. Dikhuatiri penyediaan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan akan bertindih kefungsiannya atau menjadi Garis Panduan yang seakan sama dengan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan sediada. Adalah lebih baik sekiranya pihak JKR dapat mengkaji untuk mewujudkan Pelan Pengurusan Bangunan Warisan (Building Heritage Management Plan) di peringkat JKR dan sekiranya berjaya ia boleh diperluaskan ke sektor swasta.  

Sila rujuk : https://www.unesco.de/fileadmin/medien/Dokumente/Bibliothek/Management_Plan_for_Wold_Heritage_Sites.pdf
220 points 2
2 votes
Selaku jabatan yang dilabelkan sebagai pemberi nasihat teknikal, satu Garis Panduan yang menurut acuan JKR perlu diadakan.
34,630 points 18 61 148
2 votes

JKR kini dalam peringkat penyediaan Garis Panduan Penyenggaraan Bangunan Warisan yang akan disediakan oleh Unit Senggara , Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu. Garis panduan ini hanya menjurus kepada peringkat penyenggaraan bangunan yang dikategorikan sebagai bangunan warisan sahaja.

Oleh yang demikian, adalah SANGAT PERLU untuk diwujudkan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan kerana ia merangkumi keseluruhan proses pengurusan projek bermula dari dari peringkat sebelum kerja konservasi dilakukan sehinggalah ia siap dilaksanakan. Proses pengurusan projek bangunan warisan ini merangkumi 3 peringkat utama iaitu:

i. Peringkat Sebelum Kerja Konservasi- Pelan Pengurusan Bangunan Warisan, Pelan Pengurusan Impak Warisan dan Kerja Lukisan Terukur dan Laporan Dilapidasi ( HABS 1)

ii. Peringkat Semasa Kerja Konservasi- Dokumen HABS II (Laporan Kemajuan Projek secara Mingguan atau Bulanan), Rakaman Video, Method Statement

iii. Peringkat Selepas Kerja Konservasi- Laporan Akhir Projek termasuk lukisan siap bina (HABS III), Rakaman Video

Selain daripada itu ia dapat membantu semua pihak terutamanya arkitek di JKR dalam menguruskan projek konservasi memandangkan  dijangka akan lebih banyak projek pemuliharaan bangunan warisan yang akan dilaksanakan di masa akan datang. JKR boleh mendapatkan kerjasama dari Jabatan Warisan Negara dan pihak universiti yang berkenaan dalam menyediakan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan.

Dengan adanya Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan ini, ia akan dapat digunakan oleh pihak JKR untuk melaksanakan projek konservasi selain daripada sebagai panduan kepada konservertor luar.

1,450 points 4 10 23
...