JKR kini dalam peringkat penyediaan Garis Panduan Penyenggaraan Bangunan Warisan yang akan disediakan oleh Unit Senggara , Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu. Garis panduan ini hanya menjurus kepada peringkat penyenggaraan bangunan yang dikategorikan sebagai bangunan warisan sahaja.
Oleh yang demikian, adalah SANGAT PERLU untuk diwujudkan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan kerana ia merangkumi keseluruhan proses pengurusan projek bermula dari dari peringkat sebelum kerja konservasi dilakukan sehinggalah ia siap dilaksanakan. Proses pengurusan projek bangunan warisan ini merangkumi 3 peringkat utama iaitu:
i. Peringkat Sebelum Kerja Konservasi- Pelan Pengurusan Bangunan Warisan, Pelan Pengurusan Impak Warisan dan Kerja Lukisan Terukur dan Laporan Dilapidasi ( HABS 1)
ii. Peringkat Semasa Kerja Konservasi- Dokumen HABS II (Laporan Kemajuan Projek secara Mingguan atau Bulanan), Rakaman Video, Method Statement
iii. Peringkat Selepas Kerja Konservasi- Laporan Akhir Projek termasuk lukisan siap bina (HABS III), Rakaman Video
Selain daripada itu ia dapat membantu semua pihak terutamanya arkitek di JKR dalam menguruskan projek konservasi memandangkan dijangka akan lebih banyak projek pemuliharaan bangunan warisan yang akan dilaksanakan di masa akan datang. JKR boleh mendapatkan kerjasama dari Jabatan Warisan Negara dan pihak universiti yang berkenaan dalam menyediakan Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan.
Dengan adanya Garis Panduan Pengurusan Projek Bangunan Warisan ini, ia akan dapat digunakan oleh pihak JKR untuk melaksanakan projek konservasi selain daripada sebagai panduan kepada konservertor luar.