search
Log In
16 votes
261 views
in Fixed Asset (Tak Alih) 11,530 points 8 14 22

2 Answers

10 votes
 
Best answer

Apabila disebut mengenai KERETA PROJEK, telah sinonim kedengaran di kalangan orang awam berkata-kata mengenai penyalahgunaan kereta kerajaan. Bagi kakitangan kerajaan, kita sedia maklum terdapat perbezaan antara KERETA PROJEK dan KERETA KERAJAAN.

 KERETA KERAJAANKERETA PROJEK
PEMILIKANKerajaanSyarikat/Kontraktor

Walaubagaimanapun, teguran daripada orang awam perlu diterima sebagai kritikan membina bagi membaik pulih pandangan masyarakat terhadap kakitangan kerajaan.

Bagi menjawab persoalan di atas, saya merujuk kepada:-

1. GARIS PANDUAN PEROLEHAN KHIDMAT PENGANGKUTAN DAN KEMUDAHAN PERALATAN MELALUI KONTRAK KERJA - 2010

2.0 Tatacara Pelaksanaan 

2.2 Penggunaan Khidmat Pengangkutan

Kontraktor dikehendaki menyediakan khidmat pengangkutan yang sesuai mengikut bilangan kenderaan serta peraturan yang ditetapkan bagi penggunaan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan. Kenderaan yang disediakan oleh kontraktor adalah milik kontraktor dan sentiasa di bawah kawalannya. Kenderaan projek hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan hendaklah disimpan di tapak bina atau pejabat apabila tidak digunakan. Penggunaan kenderaan projek tanpa pemandu adalah tidak dibenarkan.

3.0 Pemantauan Penggunaan dan Penyimpanan Rekod

3.1 P.P. atau Wakil P.P. bertanggungjawab memantau penggunaan serta menyimpan rekod yang teratur dan kemaskini mengenai kenderaan dan peralatan yang diperolehi melalui kontrak dari peringkat kelulusan diterima sehinggalah penyerahan semula dibuat kepada Kontraktor.

3.2 Tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

3.2.1 Melengkapkan Borang Daftar Kenderaan dan Peralatan Yang Diperolehi Melalui Kontrak Kerja seperti di Lampiran E.

3.2.2 Pihak P.P/Wakil P.P. yang menerima peralatan daripada kontraktor dikehendaki mengesahkan penerimaan peralatan tersebut dengan mengisi Borang Pengesahan Penerimaan Peralatan Daripada Kontraktor seperti di Lampiran E1. Salinan Lampiran E1 yang telah diisi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Urusetia JKPMK berserta dengan salinan geran kenderaan yang berkaitan.

3.2.3 Menyediakan Buku Log untuk kenderaan bagi merekodkan butir-butir penggunaan, tujuan perjalanan serta pegawai yang menggunakan kenderaan tersebut. Buku Log ini hendaklah diselenggara dengan betul dan disimpan oleh pemandu dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa yang dilantik oleh P.P/Wakil P.P.

3.2.4 Setiap pejabat tapak hendaklah mempamerkan senarai inventori yang lengkap mengenai kenderaan dan peralatan yang dibekalkan oleh kontraktor.

3.2.5 Pihak P.P/Wakil P.P. hendaklah menjalankan pemeriksaan atau audit ke atas penggunaan khidmat pengangkutan dan peralatan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peraturan dipatuhi dan tiada penyalahgunaan.

3.2.6 Laporan Pemantauan Tahunan Status Perolehan Khidmat Pengangkutan dan Kemudahan Peralatan seperti di Lampiran E2 hendaklah dikemukakan oleh P.P/Wakil P.P. kepada JKPMK yang meluluskan permohonan asal sebelum 31 Januari tahun berikutnya.

3.2.7 Setelah projek siap, penyerahan semula peralatan kepada kontraktor perlu direkodkan dengan mengisi Borang Pengesahan Penyerahan Peralatan Kepada Kontraktor seperti di Lampiran E3.

3.2.8 Sekiranya kontraktor dengan sukarela berhasrat untuk menyerahkan hakmilik mereka ke atas peralatan kepada pihak Jabatan/Agensi Pelanggan, penyerahan hakmilik tersebut hendaklah direkodkan dengan mengisi Borang Pengesahan Penyerahan Hakmilik Peralatan dan Pelepasan Membuat Tuntutan Terhadap Kerajaan seperti di Lampiran E4. Peralatan tersebut hendaklah kemudiannya disenaraikan dan diuruskan sebagai aset Kerajaan.

3.2.9 Penerimaan secara percuma atau pembelian peralatan dan kenderaan daripada kontraktor oleh mana-mana pegawai, kakitangan atau keluarga terdekat mereka adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2. LAPORAN AUDIT

Teguran daripada pasukan audit mengenai ketidakpatuhan terhadap penggunaan KERETA PROJEK:-

  1. Tiada buku log disediakan
  2. KERETA PROJEK digunakan untuk projek lain
  3. 'Sticker' JKR yang digunakan di sisi pintu tidak kekal iaitu menggunakan sticker magnetik
  4. Tiada pemandu bagi KERETA PROJEK
  5. Pegawai memandu sendiri KERETA PROJEK

KESIMPULAN

Masalah bagi Wakil P.P. yang bertanggungjawab menjaga KERETA PROJEK biasanya adalah seperti berikut:-

  • Memegang lebih daripada 1 KERETA PROJEK dan dalam masa yang sama mempunyai KERETA KERAJAAN. Kesannya pemandu kereta juga berlebihan dan menimbulkan masalah yang lain.
  • Melakukan project supervision Projek A dan perlu menghadiri mesyuarat projek B selepas itu  yang berdekatan. Menggunakan kereta yang berasingan adalah tidak Value For Money dan tidak efisien.

Soalan yang sama pernah ditanya pada juruaudit. Jawapan yang paling selamat adalah sepertimana teguran oleh juruaudit iaitu KERETA PROJEK yang diperuntukkan di dalam sesuatu peruntukan kontrak sesebuah projek hanya boleh digunakan untuk tujuan perjalanan ke projek itu sahaja.

Walaubagaimanapun, cadangan saya, cara penggunaan KERETA PROJEK secara optima boleh dilakukan dengan merujuk kepada STAFF yang MAHIR dan KREATIF secara 'HANDS-ON' dalam pengurusan KERETA PROJEK samada di Ibu Pejabat mahupun di JKR Negeri.

Sekian, Terima Kasih.

14,280 points 28 50 83
selected by
1 vote
Pada dasarnya kenderaan projek harus digunakan untuk urusan projek tersebut sahaja.

Perkara penyalahgunaan kenderaan projek telah banyak kali di tegur oleh pihak Audit.
180 points 2
...