search
Log In
18 votes
112 views
Pada ketika ini atas desakan arus politik semasa menyatakan JKR tidak lagi relevan malah ada menyalahkan JKR di dalam pelaksanaan projek yang tidak berjaya. ( Laporan Audit Negara).

100 tahun lebih usia JKR seharusnya menampakkan kejayaan atau keunggulan  yang tertinggi dalam mempelopori bidang teknikal di negara.

Bagaimana JKR dapat terus kekal dan relevan malah mampu menepis kesemua tohmahan dan kritikan untuk berjaya di masa hadapan.

Adakah perlunya mengilap dan melahirkan kepimpinan pelapis muda yang dapat membentuk JKR di masa hadapan. Fikir - fikirkan...?
in Human Resource Management 11,530 points 8 14 22

1 Answer

8 votes
 
Best answer

A. Menjawab isu mewujudkan Persatuan/Pertubuhan Profesional JKR:-

1. Tidak perlu mewujudkan Persatuan/Pertubuhan Profesional JKR yang baru kerana kita telah mempunyai Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM). 

Visi ProJKRM 

Menjadi wadah bagi professional JKR membina kecermerlangan yang kreatif dan berinovasi, serta memartabatkan ProJKRM sebagai pertubuhan yang mendokong kecemerlangan pembangunan infrastruktur berasaskan modal insan dan teknologi terkini.

Misi ProJKRM 

  • Sebagai satu platform untuk mengumpul dan menyatukan warga professional di JKR.
  • Selaku saluran untuk mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan warga professional di JKR.
  • Merangka dan merancang kemajuan kerjaya ahli pertubuhan professional JKR.
  • Merangka cara-cara untuk meningkatkan professionalisma dan martabat professional di JKR.
  • Merangka dan merancang strategi untuk kebajikan professional di JKR.
  • Menyediakan platform untuk majlis dialog dengan KPKR/KSU/MENTERI/ PERDANA MENTERI terhadap isu bersabit dengan professional di JKR.

2. Oleh yang demikian, dicadangkan menggunakan platform yang telah sedia ada untuk membantu merancakkan lagi ProJKRM melalui penubuhan Unit-Unit di bawah ProJKRM contohnya seperti UNIT ALUMNI (untuk yang telah pencen), UNIT EMAS (40 tahun ke atas) dan UNIT PERAK (40 tahun ke bawah).

3. Penubuhan Pertubuhan baru hanya akan memecahbelahkan lagi JKR dan mendatangkan kesulitan kerana perlu memberi komitmen untuk menggerak dan mengaktifkan Pertubuhan yang baru. Awal penubuhan ProJKRM juga mengalami kesukaran mendapatkan ahli samada pasif ataupun aktif.

B. Menjawab isu JKR untuk kekal relevan:-

1. Maklumbalas yang bernas boleh didapati daripada warga JKR sendiri untuk membangunkan semula JKR menjadi Agensi Teknikal yang dihormati. Ulasan lebih lanjut akan menjadi polemik yang lebih besar berkenaan dengan isu ini. Apa yang pasti, idea, teguran dan sokongan daripada luaran dan dalaman akan dapat membantu transformasi JKR.

C. Menjawab isu mengilap dan melahirkan kepimpinan pelapis muda

Perkara ini sentiasa menjadi salah satu agenda utama pihak Pengurusan Atasan JKR. Cuma samada tidak diterangkan kepada warga JKR ataupun penyampaian maklumat tidak sampai.

Sekian, Terima Kasih.

14,260 points 28 50 83
selected by
0
ProJKR perlu lebih agresif dan melibatkan lebih ramai profesional muda di dalam apa jua majlis atau program. anjurkan program bersama persatuan PTD dan skim profesional lain seperti doktor/peguam.
...