
Saya menggunakan kemudahan Highway utk bergerak dari satu point A ke point B. Apa yang menarik perhatian saya belakangan ini adalah kelihatan satu Billboard di tepi highway yang saya kategorikan sebagai seksi yang turut melibatkan penggunaan logo JKR. (Rujuk gambar).
Billboard ini diyakini kepunyaan Smart Cable (M) Sdn Bhd. Klik utk ke laman sesawang mereka. Penggunaan Logo JKR di dalam billboard mereka yang menggunakan model seksi memberi perspektif yang negatif kepada para pengguna lebuhraya terhadap integriti JKR.
Saya yakin JKR mempunyai garispanduan yang khusus terhadap sebarang penggunaan logo jabatan terutama yang melibatkan tujuan komersil pihak pembekal. Adakah sebarang kebenaran bertulis dikeluarkan pihak JKR kepada pembekal ini yang menyatakan kebenaran Jabatan agar logo JKR boleh digunakan secara meluas dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan?
Untuk rujukan, billboard ini dipasang di Lebuhraya Plus Seremban-K.L (KM 300.4 arah K.L sebelum MPOB), selepas RNR Seremban (arah Seremban) dan Lebuhraya LPT Karak-Lanchang (KM96, Arah Lanchang)
Sekian utk mendapat pencerahan.