search
Log In
25 votes
110 views
Berapa ramai staf terutama Professional JKR faham dan menghayati VISI JKR?

1. World Class Service Provider:- Adakah kita berpuashati dengan apa yang ada dalam JKR sekarang?

2. Center Of Excellence dalam Asset Management, Project Management dan Engineering Services ;- Di stage mana sekarang?

3. Creative dan inovatif human capital dan teknologi terkini:- ???

Any comments
in Stakeholders Management 27,610 points 73 158 200

3 Answers

6 votes
rasanya masih ramai staff JKR tak tahu/tidak dapat sebut VISI JKR bila ditanyakan. attitude of the staff and refuse to change (in thinking and management) would be the barrier to achieve the VISION of JKR.
630 points 3 5 10
2 votes
sekiranya tiada actions, ia akan jadi pameran.
10,190 points 33 70 108
5 votes

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, visi sesebuah jabatan adalah satu elemen abstrak yang menerangkan posisi strategik jabatan tersebut yang ideal, yang ingin dicapai. Oleh yang demikian, bagi memastikan semua warga jabatan tersebut memahami dan menjiwai visi serta arah tuju jabatan yang telah dirangka (serta bagi melahirkan rasa kepunyaan - sense of ownership), sesi penerangan, seminar dan interaktif dialog perlu dijalankan dari masa ke semasa, secara berterusan.

Di dalam konteks JKR, contoh mudah yang boleh saya sertakan di sini merujuk kepada pernerbitan naskah Strategik Framework JKR (2012 - 2015) yang mengandungi pelbagai aktiviti kritikal Jabatan yang dirangkumkan di dalam 5 tema teras utama bagi mencapai visi yang telah ditetapkan. Berapa ramaikah di antara warga JKR yang mengambil masa untuk membaca dan memahami dokumen tersebut? 

Ini merupakan dokumen teras yang perlu dijiwai dengan mendalam oleh warga JKR bagi membantu JKR menjadi "Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini."

51,920 points 33 88 182
...