search
Log In
36 votes
373 views
Apakah kaedah terbaik bagi mengkoordinasikan lukisan elektrikal, mekanikal, civil dan arkitek bagi perlaksanaan projek IBS?
in Electrical 260 points 1 2 4

9 Answers

10 votes
 
Best answer
Penggunaan BIM (BUILDING INFORMATION MODELLING) adalah cara yang terbaik, dan kini menjadi pilihan firma-firma perunding terkemuka dunia seperti Foster & Patners, Zaha Hadid dll. BIM merupakan satu cara untuk menyusun dan menghubungkan setiap data di dalam lukisan pembinaan berdasarkan parametric modelling, bukan semata mata kepada sistem lukisan CAD yg hanya bergantung kepada 2D dan 3D sahaja, yang kadangkala garisan terbabit kekal sebagai maksud grafik sahaja.
2,170 points 2 7 17
selected by
10 votes
BIM adalah kaedah yang terbaik sebagai contoh menggunakan perisian Naviswork.
34,200 points 16 57 148
8 votes
Kene ubah cara bekerja. Tak boleh lagi ubah sana-sini selepas lukisan senibina dimuktamadkan. Berhenti jemput client ke setiap meeting ataupun limitkan komen mereka. Kalau diberi ruang untuk komen sampai bila pun tak muktamad.

Selepas itu baru koordinasi jadi lebih baik.
1,890 points 2 13 26
0
Tidak kira apa kaedah perlaksanaan untuk mempercepatkan perlaksanaan projek. Salah satu punca kelewatan adalah lambat mendapat kelulusan dari pihak pelanggan..
10 votes

Sama ada projek melibatkan IBS atau tidak atau menggunakan BIM atau tidak, masa terbaik untuk mengkordinasi lukisan-lukisan semua disiplin adalah sebelum tender. Ini bagi mengurangkan loophole di peringkat design development dan pembinaan. Maksudnya kita tender projek menggunakan coordinated drawing bukan lagi lukisan-lukisan berasingan mengikut disiplin. Ini pastinya memerlukan lebih kerja maknanya tempoh penyediaan lukisan tender mungkin akan jadi lebih panjang tetapi tempoh keseluruhan pelaksanaan projek boleh disingkatkan dengan berkurangannya isu-isu semasa pembinaan.

2,570 points 5 22 30
5 votes
BIM is the answer.
10,210 points 33 70 107
4 votes
BIM adalah kaedah terbaik ketika ini bagi mengkoordinasikan lukisan elektrik, mekanikal, civil, struktur dan arkitek. Walaubagaimanapun semua badan yang terlibat perlu bersedia dari segi keperluan sumber manusia iaitu kepakaran di dalam penggunaan perisian BIM dan juga ketersediaan dari segi keperluan hardware seperti komputer berprestasi tinggi.

Sekiranya perkara ini tidak dapat disediakan, maka usaha ke arah BIM tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
22,410 points 22 83 142
2 votes
ya..sudah semestinya B.I.M...(Building Information Modelling)
49,100 points 9 23 55
4 votes

Building Information Modeling (BIM) adalah jalan terbaik kerana dapat membantu dalam visualize secara 3D berinformasi, seterusnya ia dapat membantu dalam mencapai keputusan dalam mengkoordinasi lukisan antara semua disiplin. 

19,770 points 15 50 128
4 votes
Penggunaan BIM bukan sahaja membolehkan koordinasi rekabentuk dilaksanakan antara semua disiplin, malah kaedah perlaksanaannya berupaya membayangkan binaan bangunan di alam maya sebelum ianya dibina secara fizikal di tapak bina. Dengan kaedah sebegini, kita mampu memperbaiki kesilapan2 rekabentuk terlebih dahulu. Kaedah perlaksanaan BIM juga adalah lebih cepat berbanding dengan menggunakan Autocad-SketchUp-Autocad yang mana melukis garisan, lengkuk dan bulatan tidak ubah seperti kaedah manual cuma disediakan menggunakan komputer. Penyediaan rekabentuk BIM adalah secara 3D, bermaklumat, parametrik, bermula dari peringkat konsep hingga ke lukisan kerja seterusnya ke pengurusan fasiliti. Penggunaan BIM merupakan aliran dan skop kerja baharu dalam proses penyediaan binaan bangunan yang membolehkan koordinasi antara semua disiplin yang sukar untuk dilaksanakan sebelum ini.
1,010 points 5 10 16
...