search
Log In
23 votes
176 views

Setelah berpuluh tahun JKR menjadi tunjang pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini, JKR telah menghasilkan beratus rekabentuk lukisan piawai untuk pelbagai jenis bangunan dari sekecil pondok pengawal ke rekabentuk hospital dan stadium.

Lukisan piawai yang dimaksudkan  mewakili juga rekabentuk lukisan piawai untuk kesemua disiplin seperti arkitek, sivil, mekanikal, ict, landskap dan elektrikal.

Siapakah yang bertanggunjawab mengumpul semua khazanah dan data rekabentuk tersebut ?!

 

in Helpdesk 14,280 points 28 50 83

2 Answers

9 votes
 
Best answer

Salam,

Pihak JKR dibawah penyeliaan Cawangan Kejuruteraan Senggara telah sedikit sebanyak mengumpul lukisan pembinaan, termasuk lukisan piawai yang meliputi keseluruhan disiplin yang disimpan di dalam sistem eCOMs.

Sehingga hari ini, sebanyak 87592 lukisan telah disimpan di dalam sistem.Bagi pengguna biasa, boleh mencari lukisan yang disimpan di eCOMs menerusi J-Library (link).

 

Terima Kasih

 

 

 

27,300 points 38 98 205
selected by
1
Terima kasih atas maklumat tersebut. Moga usaha ini berterusan untuk generasi seterusnya. Saya juga berharap agar pengumpulan data dan maklumat ini dijadikan KPI cawangan yang berkenaan.
6 votes
Lukisan Arkitek yang melibatkan lukisan piawai Kuarters dikumpul dan disimpan oleh Unit Pengurusan Multimedia dan Dokumentasi (UPMD), Cawangan Arkitek. Untuk makluman buat masa ini pihak UPMD sedang dalam proses mengumpulkan lukisan-lukisan senibina untuk bangunan-bangunan Pre-Aprroved Plan (PAP).
35,410 points 16 58 150
0
Terima kasih atas maklumat tersebut. Moga usaha ini berterusan untuk generasi seterusnya.
...