Satu cadangan yang menarik. Kalau kita perhatikan, kebanyakan daripada organisasi2 besar terutamanya pihak swasta seperti Apple, Google dan Dell, adalah menjadi satu kebiasaan bagi organisasi2 sebegini yang menjalankan aktiviti penjenamaan semula (merangkumi pengenalan kepada logo baru) dari masa ke semasa (berdasarkan keperluan). Ini bertujuan untuk memastikan mereka terus kekal relevan dan maju seiring dengan peredaran semasa.

Tanpa kita sedar sebenarnya, logo sesebuah organisasi sedikit sebanyak membantu membentuk mental models seseorang individu terhapat organisasi tersebut berdasarkan pengalaman individu tersebut berurusan dengan organisasi itu.
Pertimbangan yang teliti perlu dilakukan sekiranya terdapat rancangan untuk memperkenalkan logo baru jabatan. Kos sudah tentu akan menjadi isu utama, bagi menggantikan logo sedia ada yang digunapakai di seluruh negara sekarang ini. Sebagai sebuah agensi kerajaan, sudah tentu perbelanjaan yang berhemah dan efisien yang bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan awam menjadi salah satu daripada aspek yang perlu diberi perhatian (PP 2/2014).
And perhaps on another perspective, (I'm playing devil's advocate here), as the saying goes, “if it ain’t broke, don’t fix it!”