Penglibatan pasukan senggara fasiliti perlu terlibat disemua peringkat kitar hayat aset. Walaubagaimanapun, data semasa proses penyenggaraan ini perlulah dikumpulkan terlebih dahulu supaya maklumat ini dapat disalurkan kepada pasukan perekabentuk. Oleh itu pasukan senggara perlu berkolaborasi dengan pasukan perekabentuk dari awal peringkat rekabentuk supaya masalah penyenggaraan aset ini tidak akan berulang dan dapat diatasi dengan cara terbaik.
Walaubagaimanapun, praktis ini masih belum diaplikasikan. Pada kebiasaannya perekabentuk akan merekabentuk berdasarkan kepada pengalaman masing-masing. Oleh itu, penglibatan pasukan senggara aset dan fasiliti amatlah diperlukan seawal peringkat rekabentuk.
Dicadangkan amalan "Design For Maintenance" perlu diterapkan didalam proses rekabentuk sesebuah aset bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sesebuah aset berada pada tahap optimum disepanjang kitar hayatnya.