Adakah Perakuan di Borang G7 dan G10 oleh disiplin Elektrik dan Mekanikal tidak termasuk skop kerja T&C telah lulus 100% di tapak?
Jika termasuk adakah ini bermakna CCC hanya boleh diisu setelah selesai dan lulus kerja berkaitan T&C?
Jika tidak termasuk, sejauh manakah skop kerja M&E diperakukan?
**********************************************************************************************
BORANG G 7
PERAKUAN BERPERINGKAT : ELEKTRIKAL DALAMAN
[undang-undang kecil 23 atau 25]
Tajuk Projek: ………………………………………………………………...……………..
*1. Kami memperakui bahawa kami telah mengawasi dan/atau menjalankan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja elektrikal dalaman dan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan kami kerja-kerja itu adalah mengikut Pelan yang Diperakui orang yang mengemukakan dan bahawa kami menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas pembinaan dan penyiapan kerja-kerja elektrikal dalaman itu.
______________________________________________________________________________________________
BORANG G 10
PERAKUAN BERPERINGKAT : PENGUDARAAN MEKANIKAL
[undang-undang kecil 23 atau 25]
Tajuk Projek: ………………………………………………………………...……………..
*1. Kami memperakui bahawa kami telah mengawasi dan/atau menjalankan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja pengudaraan mekanikal dan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan kami kerja-kerja itu adalah mengikut Pelan yang Diperakui orang yang mengemukakan dan bahawa kami menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas pembinaan dan penyiapan kerja-kerja pengudaraan mekanikal itu.