search
Log In
11 votes
28 views

JKR tidak pernah mengambil iktibar dari kesilapan lepas. Bila bangunan dah siap, banyak isu ketidakbolehsenggaraan berlaku..

in Assets & Facilities Management 2,480 points 9 18 31

2 Answers

2 votes
 
Best answer

Salah satu cadangan yang boleh diketengahkan bagi memastikan perekabentuk  mengambilkira aspek penyenggaraan (DFM) di dalam rekabentuk mereka adalah dengan cara memberikan mereka kursus kesedaran terhadap keperluan DFM dan faedah yang akan diperolehi sekiranya aspek DFM ini diambil kira. Setelah kesedaran ini diberikan, langkah seterusnya adalah dengan penglibatan Pengurus Aset/Fasiliti di dalam proses perancangan dan rekabentuk. Perkara ini perlu dipraktikan supaya ianya dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan bagi sesebuah aset di samping dapat mengurangkan dan mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang.

22,410 points 22 84 142
selected by
4 votes
Setiap perekabentuk perlu mengambilkira aspek penyenggaraan dalam setiap rekabentuknya. Pengetahuan ini boleh diambil dari garis panduan yang diterbitkan (Design for Maintenability - DFM). Bagaimanapun, proses perbincangan kumpulan rekabentuk perlu juga dilibatkan mereka yang berada dalam pengurusan fasiliti seperti Pengurus Fasiliti atau seumpamanya. Dalam proses lukisan rekabentuk juga ada beberapa siri yang boleh dilibatkan pihak dari penyenggaraan seperti sesi perbincangan lukisan konsep, lukisan terperinci dan proses verifikasi dan validasi.
5,370 points 3 17 24
...