search
Log In
15 votes
53 views
JKR sebagai badan teknikal terulung dan tertua di Malaysia telah menyiapkan pelbagai projek dengan pengalaman  yang sangat luas. Bagaimana pula dengan tahap keberkesanan JKR terhadap 'marketing strategy' dan 'image control' bagi menjaga reputasi Jabatan? Bukan sahaja dari segi menjayakan projek, tetapi juga dari segi pentadbiran sumber manusia dan kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai pihak...
in Human Resource Management 14,280 points 28 50 83

2 Answers

2 votes
Kita tidak dapat menyangkal bahawa JKR merupakan antara Agensi teknikal paling lama di Malaysia. Mengikut kajian hanya 5% organisasi yang berusia lebih 100 tahun mampu bertahan sehingga hari ini.

Oleh itu, 'survival' JKR banyak bergantung kepada kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh JKR.

Oleh itu pada pandangan saya JKR perlu menjual kepakaran dan pengalaman kepada pelanggan. Bagaimana untuk menjual hendaklah kita sentiasa menunaikan janji yang diberikan. Untuk menunaikan janji segala amalan dan perancangan hendaklah sentiasa dikaji dan disemak.

Imej JKR banyak bergantung kepada janji yang ditepati
35,700 points 16 60 153
0
Terima kasih atas maklumbalas. Seperti yang kita sedia maklum, kita perlu akui kelemahan sistem kita. Saya lihat di mana-mana agensi pun sama. Apabila seseorang pegawai telah melalui latihan dalaman dan mendapat pengalaman melalui sesuatu projek, tahap kepakaran pegawai tersebut akan meningkat dan memberi faedah kepada Jabatan dan pelanggan.
Walau bagaimanapun,  pegawai tersebut akan ditukarkan apabila telah cukup tempoh dan Jabatan perlu melalui 'reset' proses sekali lagi. Perkara begini yang mendatangkan kesalahan yang sama berulang berlaku kepada pelanggan dan menghasilkan maklumbalas yang kurang baik.
1 vote
Bagi saya JKR masih belum berada di tahap terbaik. Imej dan reputasi JKR sering diganggu oleh perkara-perkara yang kadang-kala bukan kesalahan JKR. Dari segi human resource juga JKR perlu ada insentif untuk retain sumber manusia yang ada supaya tak perlu selalu 'reset' semula.
10,190 points 33 70 108
0

Setuju dengan pandangan tuan. Perkara ini juga telah dibangkitkan beberapa kali melalui SOC JKR berkenaan polisi dan dasar penempatan pegawai mengikut tempoh tertentu di mana ianya masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Berkenaan dengan imej dan reputasi, damage control prosedur perlu dibuat dengan meletakkan pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi menangani situasi-situasi getir.

...