Pengurusan Aset melibatkan pengurusan keseluruhan kitaran aset berkenaan daripada perancangan hingga ke pelupusan. Semua warga JKR (teknikal) adalah terlibat dalam Pengurusan Aset cuma perbezaannya adalah sama ada terlibat dalam Fasa Perancangan, Rekabentuk, Perolehan, Pembinaan dan Penyerahan sementara dalam Pengurusan Fasiliti pula akan terlibat dengan Penerimaan & Pendaftaran, Operasi & Penyenggaraan, Penilaian Keadaan & Prestasi, Pemulihan/Ubah Suai/Naik Taraf dan Pelupusan.
Pengurusan Aset merupakan satu pengurusan yang melibat pelbagai disiplin. Pengurusan Sokongan seperti Kewangan, Permintaan & Risiko, Data, Sumber Manusia dsbnya juga diperlukan untuk menjayakannya.