search
Log In
23 votes
139 views
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pemasangan HVLS Fan telah menjadi pilihan di tempat-tempat terutamanya yang melibatkan ruang yang besar seperti dewan terbuka, dewan solat dan sebagainya. Selain menjimatkan kos daripada segi bil elektrik secara bulanan, peredaran angin juga agak nyaman. Lantaran daripada faktor tersebut, terdapat permintaan daripada pihak pelanggan terutamanya pihak masjid telah meminta pihak JKR selaku badan teknikal yang mempunyai ramai pakar untuk memasang kipas tersebut. Persoalannya, adakah boleh kita (pihak JKR) mengikut kehendak pelanggan dan bagaimana caranya sekiranya boleh? Ini kerana kipas tersebut walaupun dipanggil juga sebagai Kipas Siling namun ianya tidak pernah diuji oleh SIRIM mahupun ST dan teknikal data juga lebih kepada Sistem Mekanikal. Hasil semakan juga ada yang mempunyai Piawaian Antarabangsa (CE, UL). Mohon kepada yang mempunyai pengalaman untuk berkongsi kepada semua.

Terima kasih.
in Electrical 4,510 points 6 16 27

1 Answer

8 votes
 
Best answer
Waalaikumussalam,

Saya berpendapat bahawa HVLS ini memang amat efektif untuk pengudaraaan pada ruang besar seperti ruang solat. Saya berpandangan ia merupakan satu inovasi yang amat baik dan perlu diberi perhatian dan pertimbangan untuk projek-projek kerajaan.

Walaubagaimanapun, soal keselamatan perlu diberikan perhatian yang paling utama kerana saiz kipas ini yang besar boleh memberikan kesan yang amat memudaratkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sehubungan dengan itu, JKR perlu mengarahkan pihak pembekal mendapatkan akreditasi dari pihak SIRIM atau yang berkaitan sebelum boleh digunakan untuk projek-projek kerajaan dan pihak JKR juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pemasangan kipas jenis ini.

Auditan juga perlu dilakukan keatas HVLS yang telah dipasang agar pihak JKR tidak dipersalahkan dikemudian hari. Mencegah lebih baik dari merawat.

Wasalam.
35,700 points 16 60 153
selected by
1
Saya juga amat bersetuju.
...