search
Log In
17 votes
75 views

Pada pagi jumaat 5.6.15, Rakyat Sabah dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 6.0 Richter. Dilaporkan telah berlaku kerosakan kepada bangunan-bangunan hinggakan melibatkan kehilangan nyawa.

Persoalannya adakah JKR bersedia untuk mengambilkira faktor gempa bumi dalam pengurusan projek?

Atau adakah rekabentuk yang dipraktikan sekarang terutamanya oleh pihak struktur cukup untuk menahan kesan gempa bumi.

in Building 34,200 points 16 57 148

3 Answers

3 votes
 
Best answer
Gempa bumi yang berlaku di Ranau adalah pada kekuatan tahap 5.9 dan epicentrenya pula adalah agak berdekatan> Jika dilihat tahap kerosakan yang berlaku akibat gempa bumi ini, kerosakan yang berlaku adalah tertumpu kepada kerosakan arkitektur sahaja dan tidak banyak berlaku kerosakan yang melibatkan struktur. Pada dasarnya keutuhan struktur bangunan adalah baik walaupun ianya direka berpandukan kepada kod kod rekabentuk yang tidak mengambil kira kesan seismik. Namun, bagi memastikan keutuhan bangunan baru menahan kesan gempa yang lebih kuat di masa akan datang, maka keperluan rekabentuk seismik perlu juga diambil kira. Pihak JKR sememangnya sedang tertunggu akan National Annex untuk Kod Rekabentuk EC8 yang dijangka siap pada tahun hadapan. Untuk sementara ini, pihak CKAS telah pun mencadangkan penggunaan beban seismik kepada beberapa agensi kerajaan dan akan mengambil kira beban tersebut untuk kerja rekabentuk di dalam JKR.

Selain dari itu, sebarang penambaikan untuk berhadapan dengan keadaan gempa bumi ini, ianya nya juga perlu meliputi detailing detailing arkitektur dan tidak hanya melihat kepada keutuhan struktur sahaja.
49,710 points 24 102 237
selected by
1 vote
Gempa bumi adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku di Malaysia, walaubagaimana pun selepas kejadian di Sabah dan daripada kajian sekiranya ada lagi tempat-tempat lain di Malaysia yang bakal dilanda gempa bumi, maka perkiraan perlulah mula diambil dan diserapkan di dalam rekabentuk dan pengurusan projek.
10,210 points 33 70 107
1 vote
Walaupun Gempa Bumi dikatakan jarang dan mungkin tidak akan berlaku di Malaysia dahulunya, namun atas faktor keselamatan dan jangka panjang seharusnya dititik beratkan oleh semua pihak. kita tidak mampu menduga kuasa ALLAH yang mana di tengah padang pasir sekalipun boleh banjir dah sekarang ni.

Oleh itu, sebagai sebuah organisasi yang menerajui sektor pakar dan pembinaan, JKR seharusnya bukan sahaja mesti bersiap sedia, malah mempunyai pelan pembangunan jangka panjang untuk masa hadapan yang lebih berkesan dalam menempuh pelbagai jenis bencana alam yang tidak dijangka dalam negara kita.
49,100 points 9 23 55
...