search
Log In
9 votes
42 views
in Assets & Facilities Management 3,050 points 21 27 34

2 Answers

2 votes
Penilaian keadaan atau prestasi aset adalah merujuk kepada pemeriksaan secara umum yang dijalankan oleh Jurutera JKR dengan mengambilkira keadaan semasa bangunan, kerosakan/kecacatan yang dilihat secara visual, serta penyediaan anggaran kos kasar bagi kerja-kerja pembaikan yang berkaitan. Manakala pemeriksaan oleh pihak forensik adalah lebih terperinci dengan mengadakan ujian-ujian tertentu seperti ujian struktur, tanah dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja pakar beserta kaedah pembaikan dan anggaran kos pembaikan yang lebih terperinci dan lengkap.
1,260 points 4 7 14
1 vote
Penilaian Keadaan / Prestasi aset adalah pemeriksaan secara visual dan ujian ringkas (Ujian Tanpa Musnah - NDT) di tapak  terdahap keadaan/presatasi sesuatu aset. Penilaian ini juga merujuk kepada kepatuhan dalam membina/mengurus aset berpandukan akta/pekeliling semasa yang berkaitan. Di JKR, penilaian ini boleh dilaksanakan oleh Jurutera / Juruukur Bangunan.

Manakala Penilaian forensik merujuk pemeriksaan yang terperinci terhadap jenis dan tahap kecacatan oleh pasukan pakar seperti Jurutera. Pemeriksaan boleh dilaksanakan secara Ujian Tanpa Musnah (NDT) atau Ujian Musnah (DT). Penilaian ini boleh dilaksanakan oleh golongan pakar dalam bidang tertentu seperti Jurutera, Geologi dan sebagainya.
4,440 points 6 12 29
...