search
Log In
39 votes
244 views

Bagaimanakah nota-nota kursus dalaman JKR diuruskan?

Saya ingin mencadangkan semua nota-nota kursus dimuatnaik ke mana-mana web (JKR atau cawangan) yang boleh dimuatturun oleh semua kakitangan JKR tanpa mengira disiplin. Ini juga akan memaksimakan manfaat dari nota tersebut yang mana ia disediakan oleh penceramah-penceramah yang telah dibayar oleh JKR. 

Jika terdapat masalah memuatnaik ke web, mungkin pihak penganjur/urusetia kursus boleh mengemaskini nota ke format yang boleh diemel kepada semua kakitangan JKR (P&P dan sokongan). jadi tiada masalah nota yang digunakan semasa kursus hanya boleh diambil secara persendirian sama ada dari laptop penceramah atau pegawai yang mengurus kursus. 

Ia juga memudahkan semua kakitangan mendapatkannya terutamanya kepada mereka yang tidak dapat hadir ke kursus yang dipohon ataupun yang tidak layak menyertai kursus kerana kuota telah penuh.

in Moveable Asset (Alih) 2,570 points 5 22 30
2
Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan encik Hairumizam.
1
Cadangan yang sangat baik

9 Answers

8 votes
 
Best answer
Setiap cawangan mempunyai bahagian latihan yang merancang pelaksanaan kursus untuk setiap tahun mengikut peruntukan (peruntukan saban tahun semakin berkurangan, harap dengan ada create dapat semula peruntukan yang mencukupi). Setelah kursus dirancang, ianya akan diuruskan pula oleh CLI. Nota-nota kursus akan diberi samada kepada bahagian latihan atau CLI.

Dengan adanya Jpedia-wikinotes, diharap pegawai yang bertanggungjawab dapatlah menggunakan sepenuhnya platform tersebut dan dijadikan sebagai amalan. Mungkin ECKM, CPAB boleh berkomunikasi dengan pegawai tersebut untuk mereka menggunakan JPedia dalam menyimpan nota-nota kursus yang ada, sebagai kesedaran dan memberi rasa satu tugas murni dalam usaha menyebarkan ilmu tanpa sebarang prasangka dan prejudis...
19,770 points 15 50 128
selected by
1
Sekarang ada dua kaedah yang telah tersedia. ECOMS dan WikiNotes. Yang mana lebih mudah diakses dan user friendly?

Atau kena guna kedua-duanya. Mohon pencerahan.
10 votes

Mungkin unit latihan berkaitan boleh mengumpul dan muat naik nota-nota terdahulu, sekarang dan akan datang ke eCOMs.

34,200 points 16 57 148
12 votes
Setuju, ianya memudahkan peserta yang hadir ataupun warga JKR lain untuk memuat turun dokumen tersebut.

Di samping itu, mungkin juga pihak yang berkenaan dapat merakam dan memuat naik video taklimat/lecture yang disampaikan (yang telah diedit) - ini mungkin akan melibatkan kos, masa dan infra tetapi berdasarkan model yang digunapakai di dalam iTunes U, ianya mampu memberi pulangan nilai yang baik dalam jangka masa panjang.
47,360 points 33 87 170
0
Itu semua memerlukan sumber Manusia dan Kewangan. Peralatan dan Masa.
8 votes
Untuk cawangan Arkitek, boleh dimajukan kepada Unit Pengurusan Multimedia dan Dokumentasi (UPMD) di bawah seliaan Tuan Hj. Zamhuri bin Ramli
49,100 points 9 23 56
8 votes
Saya setuju dengan cadangan tuan,

Untuk sistem sedia ada, JKR telah mempunyai sistem eCOMs yang mana ia salah satu perisian Document MAnagement System (DMS) yang boleh menyimpan dokumen serta nota latihan... Mungkin pihak latihan perlu mencuba mengunakan sistem sedia ada (eCOM) untuk menambahbaik pengoperasian latihan jabatan.

Saya juga telah membawa cadangan ini untuk projek inovasi kumpulan kami yang telah dibentangkan di Johor Bharu...  SAtu aplikasi yang menempatkan bukan sahaja nota kursus malah dokumen dokumen lain seperti sharing knowledge dan spreadsheet...

tq
24,610 points 38 94 187
10 votes
Kursus di JKR dijalankan samada secara dalaman oleh Cawangan masing-masing, melalui Cawangan Latihan atau menghadiri kursus swasta melalui Cawangan/CLI. Nota-nota kursus boleh dikongsi bersama dengan warga JKR yang lain melalui JPEDIA dibawah WikiNotes.

Pengurusan nota kursus di dalam WikiNotes adalah terbuka mengikut kesesuaian cawangan masing-masing.
390 points 4 5 7
6 votes
Saya bersetuju dengan cadangan tuan. Nota kursus dikongsi bersama dengan semua warga JKR tanpa mengira disiplin.
4,510 points 3 14 30
5 votes

Pihak CREaTE dengan kerjasama Unit ECKM, CPAB kini sedang giat mengemaskini nota kursus di dalam Portal JPedia yg boleh dicapai melalui alamat berikut: https://bit.ly/2NBaaJG

47,360 points 33 87 170
1

Terima kasih atas perkongsian Tn

6 votes

Buat masa sekarang, semua nota disimpan di dalam folder sharing di CREaTE.

Pihak CREaTE juga sedang membangunkan page dalam JPedia khusus untuk nota-nota kursus yang dilaksanakan di CREaTE.

3,150 points 2 14 42
...