search
Log In
11 votes
82 views
Perlu ke Life Cycle Costing (LCC) diterapkan di dalam fasa rekabentuk? Apa benefitnya?
in Assets & Facilities Management 2,480 points 10 19 32

3 Answers

5 votes

Perlu atas sebab:

  1. Keperluan pelaburan bangunan dengan Return On Investment (ROI)
  2. Investment bangunan bukan setakat kos awalan projek yang ditanggung tapi perlu melihat kos terhadap komitmen kerajaan untuk menyara (kos operasi & penyenggaraan - O&P) bangunan tersebut sepanjang digunakan sehingga hendak dilupus.
  3. Keputusan samaada projek bangunan adalah bagus dan mendapat ROI yang terbaik perlu dibuat awal atas sebab rekabentuk lebih fleksibel pada peringkat awal dan dengan kos perubahan rendah berbanding dalam fasa lain.
  4. Peringkat ini perlu melihat rekabentuk, bahan, sistem dan komponen yang memberi ROI

 

Kebolehan LCC:

  1. Bantu melihat kos keseluruhan bangunan(initial dan O&P) 
  2. Dalam fasa rekabentuk bantu perekabentuk memilih material/sistem/komponen yang memberi ROI terbaik (Initial kos mungkin tinggi tapi kos operasi dan penyenggaraan mungkin rendah) tanpa mengabaikan aspek kualiti

Kelebihan:

  1. Perekabentuk akan mula melihat rekabentuk bukan setakat cantik tapi adakah ianya memberi ROI yang tinggi. Tahap professionalisme lebih meningkat
  2. Kualiti bangunan meningkat, lestari dan boleh disenggara (prestasi diharap dan menggembirakan pelanggan). 

 

2,970 points 5 12 19
4 votes
Perlu. LCC ini sangat perlu kerana ianya dapat membantu didalam membuat keputusan di dalam pemilihan sesuatu bahan binaan atau komponen binaan yang akan digunakan bagi sesebuah projek pembangunan yang mana ia dapat meningkatkan nilai dan ROI sesuatu aset itu.
22,410 points 22 84 142
2 votes
Setiap keputusan yang dibuat di peringkat awal pembangunan aset mempunyai kesan besar terhadap jumlah kos keseluruhannya. Keputusan yang dibuat semasa fasa perancangan dan reka bentuk kebiasaannya menjadi prasyarat atau kondisi tertentu untuk pembinaan, operasi & penyenggaraan, dan pelupusan.

Oleh itu, walaupun fasa operasi dan penyenggaraan mungkin kelihatan masih jauh ke masa hadapan, adalah penting untuk menangani isu-isu ekonomi fasa ini dalam fasa perancangan dan reka bentuk lagi. Analisis awal LCC mungkin memberikan anggaran kasar dan berketepatan lebih rendah, tetapi kajian menunjukkan bahawa keputusan tersebut masih berguna dan signifikan sebagai rujukan dan panduan.

Pelaksanaan LCC dalam fasa perancangan dan reka bentuk berupaya memberikan potensi penjimatan kos kitaran hayat yang paling tinggi. Reka bentuk kebolehsenggaraan adalah idea dan konsep yang perlu dipertimbangkan pada fasa ini. Kos operasi, penyenggaraan dan penggantian sesuatu bangunan; sama ada tinggi atau rendah adalah dipengaruhi oleh reka bentuk dan adaptasi teknologi.
3,150 points 3 16 38
...