Pada pandangan saya, apa yang penting adalah TEMPOH KONTRAK PEMBINAAN dipatuhi setelah dipersetujui oleh semua stakeholder. Kemajuan kerja yang dirancang untuk memenuhi tempoh kontrak menentukan cepat atau lambat sesuatu aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mungkin soalan ini lebih menjerumus kepada kenapa projek kerajaan kebiasaannya lewat disiapkan disebabkan oleh kemajuan kerja yang perlahan.
Berbalik kepada persoalan tadi, apa yang penting pegawai yang mengawasi projek perlu memastikan kemajuan kerja dirancang sebaiknya untuk memenuhi tempoh kontrak.
Tidak cukup dengan itu, pengawasan terhadap kerja yang dirancang juga sentiasa perlu dilaksanakan untuk memastikan kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya, apa yang dirancang dan dilaksanakan adalah seiring tiada isu kemajuan kerja projek kerajaan lebih perlahan dari swasta.
Failing to plan is planning to fail.