Seperti kita semua sedia maklum untuk menjadi negara maju, Malaysia melaksanakan Rancangan Malaysia 5 tahun dan akan memasuki RM ke 11 bagi tahun 2015 - 2020.
Untuk menjadi negara maju dengan berpendapatan tinggi pada 2020, Malaysia telah menggariskan strategi2 tertentu yang mesti dicapai jika hasrat Msia utk menjadi negara maju tercapai. Rancangan Msia adalah vehicle yang mengandungi projek2 yg dirancang utk mencapai hasrat tersebut.
Di bawah RMK11, enam teras strategi telah dijadikan asas bagi menangani semua keperluan rakyat iaitu
- memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yg saksama
- meningkatkan kesejahteraan rakyat
- meningkatkan pembangunan modal insan utk negara maju
- menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
- memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan
- merekayasa pertumbuhan ekonomi utk peningkatan kemakmuran.
Unit Perancang Ekonomi(EPU) sebagai agensi pusat yg bertanggungjawab terhadap kelulusan projek pembangunan akan mengadakan saringan yg ketat untuk memastikan hanya projek2 yg mempunyai outcome bagi menyokong strategi teras di atas sahaja diluluskan.
JKR sebagai agensi pelaksana seharusnya berbangga dengan peranan yg telah dimainkan bagi pelaksanaan berbagai projek yg telah banyak membantu negara dlm melonjakkan ekonomi ke arah negara maju.