search
Log In
17 votes
132 views
in Building 22,410 points 22 83 142

2 Answers

2 votes
Hose reels should be sited in prominent and accessible at each floor level adjacent to exits in corridors on exit routes, in such a way that the nozzle of the hose can be taken into every room and within 6 M of each part of a room, having regard to any obstruction where heavy furniture or equipment may be introduced into a room, the hose and nozzle should be capable additionally directing a jet into back of any formed. (MS 1489: PART 1 :1999-15.2.1)

Bilangan gelung hos bergantung kepada jarak dan aras bangunan merujuk kepada perkara di atas.

Saiz tangki hose reel bergantung kepada kuantiti minima storan air yang dikehendaki bagi sistem gelung hos sahaja. (Jadual Kesepuluh UUKBS 1984)
34,200 points 16 57 148
edited by
5 votes

Pengenalan

Sistem Hose Reel dikenali sebagai Sistem Gelung Hos. Ianya adalah sistem tetap yang paling lazim dipasang di dalam sesebuah bangunan. Hose Reel adalah sebuah sistem manual dan perlu dikendalikan oleh pengguna sendiri. Keywords bagi Sistem Hose Reel yang perlu diketahui ialah ianya adalah sebagai sistem bantu mula (first aid) kerana kegunaannya sebagai salah satu kaedah awal melawan kebakaran api kecil sebelum ketibaan pihak BOMBA.

Keperluan Pemasangan Sistem Pencegah Kebakaran - Hose Reel

Umumnya keperluan pemasangan Sistem Hose Reel bergantung kepada faktor berikut:-

  1. Jenis Bangunan
  2. Saiz Bangunan
  3. Penggunaan Bangunan
  4. Keperluan tambahan PBT / BOMBA

Komponen Sistem Hose Reel

Sistem ini mempunyai beberapa komponen yang utama seperti rumah pam, tangki air, pam, paip, Hose Reel dan kelengkapan - kelengkapan lain. Secara ringkasnya adalah seperti gambarajah di bawah:-

Keperluan Rekabentuk Sistem Hose Reel

Apa yang paling penting bagi Sistem Hose Reel untuk berfungsi dengan baik adalah:-

  1. Mudah dilihat (warna merah / simbol / dll)
  2. Berdekatan laluan umum / tangga
  3. Berupaya mengawal seluas 800mbagi setiap satu Hose Reel  dengan jarak setiap satu tidak melebihi 30m
  4. Pancutan air Hose Reel tersebut mencapai kadar alir 5 igpm dengan jarak pancutan 6m

Rujukan

Rujukan utama dalam menentukan keperluan standard pemasangan sistem ini ialah Uniform Building By Law (UBBL) di bawah item TENTH SCHEDULE. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR juga ada menerbitkan garispanduan berkaitan kerja ini dimana ianya telah diringkaskan dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja dimana JKR lazim terlibat sahaja. Adalah diSYORkan kepada kesemua perekabentuk untuk mempunyai rujukan yang telah diterbitkan oleh CKM, JKR ini melalui laman web CKM:-

  1. Garis Panduan untuk Arkitektural dan Struktur bagi Pemasangan Peralatan Mekanikal di dalam Bangunan Kerajaan - edisi pertama 1992
  2. Mechanical System Design and Installation Guidelines for Architects and Engineers 2011

Garis panduan ini secara ringkasnya telah menerangkan tentang keperluan bagi rekabentuk pasif dan rekabentuk aktif sistem pencegah kebakaran dalam sesebuah bangunan.

 

14,180 points 28 50 83
edited by
...