search
Log In
16 votes
214 views
Melalui perhatian saya masih ramai kakitangan/pegawai kerajaan yang keliru untuk melabelkan sesuatu projek dikategorikan sebagai  "Projek Sakit" sebagaimana digariskan di dalam SPP. Melalui ruangan ini, diharap mendapat  pencerahan mengenainya. Kalau boleh tolong berikan contoh-contoh pengiraan berdasarkan kepada Jadual Kerja S-Curve.
in Civil 220 points 1 2 3
retagged by

1 Answer

9 votes

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan, Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan (PK 4/2014), Projek Sakit didefinisikan sebagai projek yang mana kemajuan pelaksanaan telah mengalami kelewatan melebihi dua (2) bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu dan kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasinya.

Slide lengkap di laman JPedia

Jawapan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Prestasi Projek (UPPP)
Bahagian PROKOM, CPAB, IPJKR 

49,890 points 33 88 177
0
Projek sakit yang mengalami kelewatan 2 bulan atau 20% yang kita rujuk daripada SKALA. Kini, SKALA telah ada peratus kemajuan kewangan dan fizikal. Jadi, kini kita merujuk kepada kelewatan kemajuan fizikal atau kewangan?
...