Elemen mempengaruhi timeline projek ialah kos, kontraktor & penyelia (human), keadaan sekitaran(alam, ekonomi) dan kerajaan. Kerajaan bermaksud polisi dan dasar kerajaan, kadang2 keputusan kerajaan boleh mempengaruhi projek seperti situasi Jambatan di JB-Singapore. Keadaan alam dan ekonomi juga mempengaruhi masa projek siap... kita anggap dua elemen ini adalah stabil dan boleh diabaikan. Maka dua faktor yang boleh dikawal dalam isu timeline projek ialah kos dan kontraktor/penyelia. Client boleh berkehendakkan bila masa mereka memerlukan projek untuk siap, kita perlu justify masa siap pendek akan melibatkan kos tinggi dan advice masa yang bersesuaian (persoalan yang timbul adakah kita mahir dengan tempoh satu2 produk untuk disiapkan?) Persetujuan antara JKR dengan client perlu berdasarkan isu masa dan kos ini. Sekiranya masa yang bersesuaian telah ditetapkan, isu kontraktor yang melaksanakan projek akan timbul. Kontraktor dan prestasinya sebenarnya boleh ditapis ketika penilaian dalam perolehan dibuat, sepatutnya hanya kontraktor yang benar2 berprestasi dan memberi pulangan keuntungan kepada Kerajaan yang dipilih... tapi kadang indah khabar dari rupa. Penyelia JKR di tapak juga mainkan peranan yang penting tetapi ada hadnya...kontraktor yang memang bermasalah tetap akan mengundang masalah. Kadang-kadang indikator awal telah ada bahawa projek akan delay kerana isu kontraktor tetapi sukar untuk membuat keputusan terminate kerana pemilihan baru juga akan melanjutkan tempoh masa.....isu kecil yang lain2nya rasanya tiada masalah dalam pelaksanaan projek JKR...