search
Log In
28 votes
113 views
in Quality Management 1,930 points 3 16 20

6 Answers

7 votes
Promosi yang lebih meluas dan terancang perlu diadakan diperingkat Jabatan, Cawangan sehinggalah ke unit-unit oleh ketua-ketua unit. Ramai yang masih tidak tahu apa itu JCoP.

Kebaikan JCop perlu diwar warkan dan maklumbalas penambahbaikan yang diterima daripada pegawai tentang JCoP perlu diambil serius untuk kebaikan JCoP.
35,700 points 16 60 153
0

Terima kasih Tuan di atas cadangan yang dikemukakan . Pihak urusetiaJCoP, ECKM mengambil maklum perkara ini. Sebagai makluman, langkah untuk mempromosi JCoP untuk menggalakkan penggunaan JCoP di kalangan warga JKR telah/sedang dijalankan dari masa ke semasa. Insya Allah, aktiviti promosi ini akan dimantapkan lagi di masa hadapan bagi memastikan semua warga JKR mengambil maklum mengenai JCoP dan seterusnya aktif di dalam menggunakan JCoP.

9 votes
Admin perlu keluarkan sijil. Sijil diberi semasa SOC. At least pringkat awal dimulakan dgn top 30 highest rank dulu.. SOC 2016. Hara admin baca
cadangan ini.
9,530 points 25 58 109
0
Amat setuju dengan pandangan tuan, Pengiktirafan salah satu cara untuk menggalakkan lebih ramai berkongsi ilmu dan pendapat.
0

Terima kasih Tuan di atas cadangan yang dikemukakan . Pihak urusetiaJCoP, ECKM mengambil maklum perkara ini.

5 votes
Jika dilihat dari soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diterima, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan fungsi J-Cop sebagai forum dikalangan warga JKR menjadi lebih mantap. Jika diperhatikan, masih banyak soalan yang masih tidak mendapat maklum balas dan perkara ini akan menjadikan forum yang baik ini akan kurang diminati dan akhirnya hilang entah kemana.

Oleh itu saya ingin mencadangkan Urus setia J-Cop berusaha memastikan setiap soalan mendapat jawapan yang sewajarnya dari pihak yang berkepakaran secara Manual kerana berkemungkinan golongan ini mempunyai masa yang terhad untuk duduk dihadapan komputer dan menjawab soalan secara on-line.

Mungkin juga pihak Urus Setia J-Cop dapat memberikan penghargaan kepada mereka yang banyak membantu menjawab pertanyaan pengguna J-CoP terutama dikalangan Pegawai Kanan JKR.
34,670 points 18 61 148
3 votes
Didapati pada masa ini Urusetia JCoP telah mengambil beberapa langkah dan tindakan untuk membudayakan J-CoP kepada staf JKR tetapi adakah soalan dan jawapan(cadangan) yang mendapat feedback yang tinggi dari staf disampaikan kepada pihak atasan untuk perhatian dan tindakan susulan. Jika ia telah disampaikan, urusetia J-CoP perlu mendapatkan keputusan yang dibuat oleh pihak atasan dan sebarkan kepada kakitangan melalui J-CoP.

Saya juga mencadangkan satu sub-Menu dalam J-Cop untuk mempamerkan semua tindakan yang telah diambil dan yang akan diambil oleh pihak pengurusan atasan supaya memberi keyakinan kepada pengguna J-CoP bahawa input mereka diberi perhatian yang serious dari pengurusan JKR.
3,420 points 4 23 27
5 votes
1. Warga JKR memang biasa dengan dengan email jabatan dan boleh dikatakan setiap hari mereka melayari email berkenaan. Oleh itu saya cadangkan setiap soalan yang di poskan kedalam JCOP dan seterusnya di paparkan dalam email. Sedia link ke JCOP untuk mereka menjawab. Rujuk cara "Sistem Latihan".

2. Untuk masuk JCOP harap guna single sign in sahaja macam kita masuk MyKj sekarang ini. Maksudnya, kita masuk web JKR sebagai warga JKR, dan terus boleh layari JCOP.

3. Pendapat dan cadangan perlu ada maklumbalas dari pihak berkaitan yang mempunyai authoriti. Paling kurang perlu menunjukkan bahawa beliau membaca cadangan berkenaan.

4. Maklumat populariti pegawai dalam memberi sumbangan ilmu dalam JCOP perlu diambil kira bila hendak memberi imbuhan kepada pegawai berkenaan samada dari segi naik pangkat atau pegawai cemerlang.
520 points 1 4 7
3 votes
Buat 'apps' dalam smartphones. Insya Allah, ramai akan download dan gunakan platform ini kerana ia mudah akses dan boleh dibawa kemana-mana asalkan ada data/wifi.

Sebagai cth apps hrmis untuk permohonan dan kelulusan cuti telah dibangunkan dalam apps...
22,140 points 15 52 134
0
Saya setuju dengan pendapat Tuan. Untuk masa akan datang, idea ini sangat bernas kerana manusia sekarang lebih senang untuk akses melalui media telefon. in shaa allah boleh dipertimbangkan. JCop memang salah satu medium yang bagus untuk semua orang, amat rugi kalau tidak dimanfaatkan.
...