AsSalamualaikum...
Pada pendapat saya, sebagai seorang Jurutera Struktur (JS), pertama sekali individu tersebut perlu memahami 'behavior' sesuatu struktur tersebut. Apabila mendapat lukisan/model daripada arkitek, JS perlu mengkaji dan membuat penilaian rekabentuk ke atas bangunan tersebut dari aspek persekitaran, material yang akan digunakan serta jenis frame yang akan dibangunkan (samada rigid, semi rigid, fixed, pinned, braced, unbraced dll. - Reinforced Concrete Design, WH Mosley)
Dengan memahami jenis frame yang akan dibangunkan, ianya tidak sukar untuk membuat analisis terhadap rekabentuk tersebut. Sekiranya tiada pengetahuan dalam analisis, maka JS akan menghadapi kesukaran dalam membuat penilaian rekabentuk ke atas bangunan tersebut. Seterusnya JS akan bergantung sepenuhnya kepada perisian analisis&rekabentuk. Ini akan mengundang kepada salah faham dalam membangunkan model di dalam perisian (spt. error, overdesign, instability dsbnya) kerana setiap perisian mempunyai keupayaan dan batasan dalam menganalisis dan merekabentuk sesbuah struktur bangunan.
JS perlu fahami; secara asasnya analisis adalah bagi mendapatkan daya (seperti momen, ricih, kilasan, deflection dll.) terhadap sesebuah komponen manakala rekabentuk adalah memastikan sesebuah komponen yang dibangunkan tersebut adalah selamat (structural resistance, serviceability and durability - EC1990) dengan mengikut standard (British Standard, BS atau Eurocode) sebagai rujukan rekabentuk.
Oleh yang demikian, JS perlulah memahami analisis dahulu sebelum melaksanakan rekabentuk. Adalah lebih baik sekiranya JS memulakan analisis dan rekabentuk secara manual bagi bangunan struktur yang mudah.
Wallahualam...