search
Log In
20 votes
167 views

Ada tak garispanduan/piawaian yang boleh dirujuk dalam menyediakan Lukisan Siap Bina bagi premis yang tak de lukisan tu?

in Assets & Facilities Management 2,480 points 9 18 31
edited by

5 Answers

8 votes
 
Best answer
Lukisan siap bina (as built) memang sesuatu yang penting. Tetapi perkara penting ini tidak dinilai dengan harga tinggi dalam kontrak... walaupun dalam penyerahan projek dijadikan item mandatori, Pegawai Penguasa boleh pula mengeluarkan skop kerja lukisan ini dan kontraktor tidak dibayar. Kontraktor lepas tangan kerana nilai dalam kontrak adalah kecil dan dari awal lagi memang tidak berhasrat melengkapkan lukisan ini. Cadangan jika harga lukisan siap bina ini awal2 lagi dinilai seperti mana harga lukisan ini perlu dihasilkan untuk bangunan sedia ada. Anggaran kos untuk lukisan terukur (as measured) adalah rm 30k bagi satu blok lama 4 tingkat JKR. Itu pun hanya layout termasuk layout [email protected] Skematik tidak dibekalkan.
5,370 points 3 17 24
selected by
6 votes
Saya bersetuju dengan penerangan oleh en Abang Abd Rahman. Selain dari faktor kos. terdapat juga isu lukisan pembinaan yang tidak dikemaskini. Yang disangka Lukisan Siap Bina tersebut sebenarnya adalah lukisan Pembinaan yang tidak dikemaskini. Akhirnya perkara ini akan memberi kesan kepada pemilik aset dan pengurus aset sekiranya terdapat kerja-kerja ubahsuai dan penyenggaraan kerana maklumat yang ada di dalam lukisan tersebut bukanlah maklumat yang terkini. Selain menyumbang kepada kesukaran di dalam kerja-kerja ubahsuai dan penyenggaraan kelak. Ia juga akan menyebabkan peningkatan kos bagi penghasilan semula Lukisan Siap Bina. Oleh itu, kos awalan bagi penghasilan Lukisan Siap Bina perlulah bersesuaian dengan nilai semasa supaya kerja-kerja penghasilan Lukisan Siap Bina dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan dapat memberi keuntungan kepada semua pihak sama ada pemilik aset, pengurus aset dan juga kontraktor.  Ini sekaligus dapat meningkatkan ROI aset tersebut.
22,410 points 22 84 142
5 votes

Sudah tiba masanya jabatan mengambil langkah serius untuk mewajibkan lukisan siap bina disediakan untuk membantu pengurusan aset dan fasiliti. Rungutan tentang lukisan siap ini telah lama diperkatakan. bak kata Maya Angelou 

"Nothing will work unless you do." 

35,700 points 16 60 153
4 votes
Sepertimana sedia maklum, lukisan terbina (as-built) adalah penting tetapi kebanyakan kita tidak terlalu menekankan kepentingannya terutama apabila ada segelintir hanya mahukan kerja dapat diserahkan dan fokus kepada projek lain. Ada saya pernah dengar cadangan agar Lukisan Terbina ini tidak dihargakan di dalam BQ tetapi dimasukkan di dalam sebahagian daripada kontrak di mana sekiranya pihak kontraktor tidak menyerahkan Lukisan Terbina maka Bon Pelaksanaan (Performance Bond) boleh dirampas. Dengan cara itu sedikit sebanyak dapat membuka mata pihak kontraktor agar dapat menyerahkan Lukisan terbina. Dan memang ada terdapat kontraktor yang meletakkan harga yang rendah di dalam BQ sekalipun projek berjumlah jutaan ringgit. Dengan harga yang rendah, maka tanggungjawab kontrakator adalah minimum sebab itulah ada yang sehingga boleh keluarkan daripada skop kerja.
4,510 points 6 16 27
0
Setuju dengan pendapat Tuan, Keperluan as built drawings amat penting untuk peringkat seterusnya di dalam TAM life cycle iaitu pengurusan aset dan fasiliti. Sekiranya ianya dapat dimasukkan ke dalam contract requirements, sudah semestinya pihak kontraktor akan segera mengambil tindakan susulan di dalam penyediaan dokumen ini.
3 votes
Ketiadaan/kegagalan Pengurusan Projek Pembinaan Kompleks Politeknik yang saya jaga sekarang memperolehi  Lukisan Lukisan Siap Bina mendatangkan banyak masalah dalam urusan penyelenggaraan di kawasan pada masa ini. Ini terutama melibatkan laluan paip rektukulasi air, sistem paip kumbahan, laluan kabel bawah tanah dan lain-lain servises yang berkaitan. Ini ditambah buruk lagi bila kontraktor reka dan bina yang menjalankan projek ini telah gulung tikar dan menyebabkan kos yang tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Oleh itu, mohon siapa yang terlibat pastikan lukisan tersebut dapat disediakan sebelum akaun ditutup.
34,670 points 18 61 148
...