Berkenaan pemilihan tapak, pihak pelanggan tentunya sudah ada option tapak yang boleh dibangunkan. Adalah bagus untuk HOPT dan HODT terlibat dengan pemilihan tapak agar tapak yang dicadangkan adalah sesuai.
Walaubagaimanapun, bagi tapak-tapak yang memerlukan kerja rawatan tanah, lazimnya keadaan tanah boleh diketahui berdasarkan geological profile, keadaan projek dan existing building di sekitar kawasan tersebut.
Pada hemat saya, situasi "kos bertambah kerana perlu dibuat rawatan tanah" boleh dielakkan sekiranya pelanggan membuat perkara-perkara berikut sebelum membuat permohonan peruntukan untuk projek:
- Prelimenary SI (minimum 1 borehole).
- Kajian geological profile. Atau at least meminta nasihat daripada pakar berkenaan geological profile (ie: CKG, Jabatan Mineral dan Geology, etc.)
- Kajian projek sediaada di sekitar tapak yang hendak dipilih. Ada kerja rawatan tanah? Apa jenis asas bangunan yang digunakan (ie: piling? pad footing?)
- Kajian existing buildings di sekitar tapak yang hendak dipilih. Ada settlement? Ada kecacatan berkaitan geoteknik? Ada buat sejarah rawatan tanah sebelum projek bermula?
In short, saya berpendapat bahawa pelanggan perlu aware dengan permasalahan ini dan menjadi lebih pro-aktif dalam hal pemilihan tapak untuk projek. Mungkin sebagai langkah pro-aktif JKR, kita boleh buat roadshow kepada pelanggan berkenaan isu pemilihan tapak.