Ya betul tools Project Management sudah lama wujud di JKR, tetapi bagi pengguna tools berkenaan, adakah mereka memahami apa yang mereka gunakan. Adalah tools tersebut hanya digunakan bagi memenuhi syarat wajib diisi atau menggunakan tools untuk tujuan merancang, melaksana dan memantau projek.
Tools Project Management yang diwujudkan di JKR adalah bertujuan membantu pengurus projek merancang, melaksana, memantau dan mengawal projek dengan baik. Ini adalah kerana, tools merupakan alat pengurusan untuk melaksanakan projek. Maka ianya akan lebih berkesan sekiranya pengguna menggunakannya beserta dengan ilmu dan pemahaman dalam mengurus projek. Barulah tools yang diwujudkan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan menjadi lebih manfaat.
Janganlah gunakan tools tanpa mengetahui cara dan fungsinya kerana ianya amat merugikan, bak kata pepatah, berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.