search
Log In
20 votes
82 views
in Assets & Facilities Management 220 points 1 1 3

1 Answer

10 votes

Aset : Dari sudut bahasa merujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka, aset bermaksud  wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll) yang mempunyai ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll). Aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai;

Merujuk kepada Manual Pengurusan Aset Alih (MPAM), Aset diklasifikasikan seperti berikut:

  • a) Aset Tanah
  • b) Aset Infrastuktur, Bangunan, Aset Alih Khas
  • c) Aset Alih dan Aset hidup

 

Penyelenggaraan : Dari sudut bahasa merujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka, penyelenggaraan bermaksud perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: pemeliharaan, pengawasan.

 

Perbezaan : Aset adalah objek atau fizikal,manakala penyelenggaraan merupakan perbuatan.. Proses penyelenggaraan berlaku dimana wujudnya perbuatan melaksanakan sesuatu kerja pemeliharaan ke atas objek iaitu aset..

 

Terima kasih

27,300 points 38 98 203
0
Sumber manusia juga boleh ditafsir kan sebagai aset dalam sesuatu pertubuhan. Bagi menjamin keutuhan dan kekuatan boleh guna sesuatu aset, penyelenggaraan yang sempurna terhadap aset perlu dilakukan.

Aset dan penyelenggaraan adalah saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain.
...