Selain daripada mendapatkan maklumbalas pelanggan, saya rasa wajar juga untuk mendapatkan maklumbalas kontraktor berkenaan cara kerja dan prosedur di JKR ini. Kerap didengari bahawa JKR ini terlalu banyak prosedur apatah lagi dengan implementasi SPB.
Fahami SPB
Pertama sekali kita perlu tahu apa itu SPB dan mengapa ia dilaksanakan. Bagi saya SPB ini secara jelas menerangkan prosedur kerja pada setiap peringkat pengurusan projek dari segi aktiviti pengurusan dan operasi. Seterusnya setiap aktiviti tersebut perlu disokong dengan dokumen prosedur kerja ataupun rekod data dan maklumat berkaitan secara sistematik.
Faedah SPB
Antara faedah yang saya dapat kongsikan:-
- Setiap maklumat yang direkodkan adalah sebagai bahan bukti pelaksanaan SPB.
- Pematuhan kepada SPB bermakna pematuhan kepada ISO dan OHSAS yang telah dicapai oleh JKR.
- Mermastikan semua kerja dilakukan secara sistematik, seragam dan berkesan.
- Tidak kaku dan sentiasa boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan segala data, maklumat dan merekodkan segala aktiviti adalah suatu proses yang mengambil masa dan tenaga. Mungkin kita boleh menambah baik lagi proses kerja SPB melalui kajian dan perbandingan dengan agensi/syarikat luar.
Keberkesanannya
Berikut adalah maklumbalas seorang Senior Project Manager sebuah syarikat yang telah memenangi Best Project Awards (Major Project > 100mil) di The Malaysian Construction Industry Excellence Awards 2015. Beliau berasa sungguh kagum dengan gerak kerja dan prosedur yang telah dihasilkan oleh JKR dari awal sehingga akhir projek. Sistem Pengurusan Bersepadu JKR telah lengkap dengan prosedur dan rekod sekaligus menunjukkan kematangan JKR sebagai badan teknikal terulung kerajaan.
Kesimpulan
Sebagai agensi pelaksana, JKR perlu memastikan kontraktor mematuhi SPB. Mendisiplinkan kontraktor bukanlah satu tugas yang mudah dan memerlukan kemahiran dan pengalaman bagi menangani situasi tersebut. Sebagai langkah awal, mulakan dengan mengimplementasikan SPB pada diri sendiri dan Jabatan dengan cermat dan teratur agar pihak luar akan nampak kebaikan pelaksanaan SPB. 1st impression pada pihak kontraktor akan menjadikan mereka lebih hormat dengan pegawai JKR yang tegas dan mesra.