search
Log In
29 votes
140 views
in Human Resource Management 950 points 2 5 13

2 Answers

8 votes
 
Best answer

Menentu ukur tahap kompetensi pegawai teknikal secara terus dan telus adalah sukar. Terutama bagi pegawai yang terlibat dalam pengurusan projek tidak kira dalam apa peringkat pelaksanaan dan disiplin kejuruteraan. Ini adalah berdasarkan kenyataan projek adalah unit dan tidak akan serupa pada mana-mana keadaan. Berbeza dengan mereka yang berkerja dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan.

Sungguh pun demikian, berdasarkan pengalaman ketiga mengambil sijil kompetensi anjuran CIDB tahun lepas, antara kaedah yang digunakan adalah berdasarkan temuduga yang menerangkan proses pelaksanaan yang biasa kita lihat dan amalkan berbanding piawaian yang telah digariskan. Lebih kurang ujian simulasi. Berdasarkan siri soalan yang ditanya, pemarkahan akan diberikan bersandarkan bukti pelaksanaan dan kod amalan. Model ujian seolah-olah ujian yang perlu dijalankan oleh juruterbang sepanjang masa menjawat jawatan tersebut.

Walau pun nampak remeh, namun semasa mengambil ujian tersebut saya dapati ianya amat wajar bagi membuktikan setiap pegawai menentu ukur tahap kompetensi berdasarkan kebolehan sebenar dan bukan berdasarkan teori semata-mata. Kerana kompetensi akan diperolehi atas usaha berterusan membaiki mutu kecekapan.

Sekadar perkongsian.. TK

 

34,630 points 18 61 148
selected by
2 votes
boleh deliver semua tanggungjawab yang diberi dgn jaya
4,430 points 3 15 54
...