search
Log In
47 votes
272 views
Jika Whatsapp dijadikan sebagai medium rasmi,elaun untuk pihak bawahan wajar diberikan selaras dengan elaun yang diperolehi oleh pihak atasan.
in Project Management 8,070 points 6 11 15
2
Wajar..kita boleh transferkan whatsapp kepada bentuk emel dan print,mintak pihak atasan sign..sgt setuJu elaun diberikan,mmg pihak bawahan banyak melalukan perhubungan dan urusan rasmi dengan pihak atau jabatan lain

7 Answers

9 votes
 
Best answer
Boleh rujuk WP 2.2 Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih

Bagi peraturan tersebut turut dijelaskan perkara 4.4 yang bermaksud

"Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal boleh meluluskan kemudahan membuat tuntutan caj panggilan pasca bayar atau tambah nilai pra bayar kepada pemandu kereta jabatan sehingga maksimum RM30 setiap bulan."

Dan perkara 4.5 menjelaskan yang bermaksud

"Selain daripada pegawai di atas, Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal juga boleh meluluskan kemudahan caj bulanan pasca bayar atau tambah nilai pra bayar kepada seseorang pegawai sehingga maksimum RM100 setiap bulan. Sekiranya caj bulanan melebihi had tersebut, pegawai boleh memohon kelulusan daripada Ketua Jabatan supaya caj bulanan rasmi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dengan mengesahkan butir caj bulanan rasmi melalui bil bulanan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi."
18,020 points 26 67 123
selected by
13 votes
Secara peribadi saya berpendapat wajar. Berdasarkan pengalaman menguruskan aduan awam, pengunaan whatsapp adalah amat berkesan dan memudahkan. Selain boleh diemelkan, kita juga boleh screen shot utk dijadikan rujukan. Sebaiknya segala perbualan adalah dalam'whatsapp' group. Jika terdapat arahan secara terus (direct PM) jadikan screen shot dan post dalam group untuk pengesahan.

Selain itu, pengunaan whatsapp juga secara tidak langsung amat memudahkan pegawai bawahan secara tidak langsung kerana whatsapp boleh dibalas dari mana-mana lokasi asalkan ada internet/wifi... (paham-paham aje la).

Sekadar pandangan... Terima kasih.
34,630 points 18 61 148
15 votes
Wajar dan Praktikal.

1. Zaman sekarang kita bersaing diperingkat Global. Communication tools spt HP/whatsapp very efficient.

2. Cuma pihak atasan, perlu ada pertimbangan yang wajar. Jika urgent instruction better terus beri instruction thru calls. Sbb bukan sepanjang masa pegawai memegang/menggunakan Handphone. Perlu ada limitation terutama selepas waktu pejabat.

3. Elaun utk subsribe internet boleh dipertimbangkan tetapi elaun kritikal juga telah memadai, jika mahu tambah cadangan saya increase allowance let say from 5% to 8%.
9,540 points 25 58 109
15 votes
Pada pandangan saya whatsapp adalah merupakan evolusi komunikasi di antara manusia. Kita tidak boleh lari dari evolusi akibat peningkatan teknologi komunikasi. Dan kita juga tidak boleh lari dari leperluan dan kehendak manusia pada masa kini. Kemungkinan pada masa dahulu, mengharapkan jawapan di dalam tempoh 1 bulan tentang sesuatu isu adalah dianggap sebagai normal. Tetapi di masa sekarang, expectation stakeholders adalah amat berlainan dan semua isu perlu dijawab di dalam tempoh yang singkat.

Penggunaan arahan menggunakan whatsapp adalah perlu bagi memastikan kepuasan hati semua stakeholders. Walaubagaimana pun, ianya perlu dihadkan untuk isu-isu yang benar benar urgent. Pihak Kerajaan juga harus menimbangkan untuk menyediakan elaun komunikasi kepada kesemua peringkat penjawatan untuk tujuan sambungan rangkaian internet.
50,150 points 24 102 239
9 votes
Perlu ada limitation. Penggunaan whatapp kadangkala mengganggu sekiranya ianya digunakan untuk mengeluarkan arahan selepas waktu pejabat kecuali ianya betul-betul memerlukan kesegeraan.
2,740 points 3 14 39
2 votes
Tidak relevan
12,260 points 11 24 85
1 vote
Pada pandangan saya:-

wajar pada kerja-kerja yang perlu kesegeraan seperti maintanance dan kecemasan.  Ini merupkan media yang cepat dan pantas selain komunikasi di talian telefon,  Tetapi senario sekarang sudah berbeza di mana keutamaan dan kepentingan sesuatu perkara tidak dapat dibezakan sehingga mengganggu masa bersama keluarga.
15,540 points 20 41 115
...