search
Log In
20 votes
98 views
Pada pandangan saya forum J-CoP Cafe ini juga sebaiknya terbuka kepada soalan-soalan bukan teknikal. Mungkin soalan-soalan yang menyentuh persoalan harian juga boleh dikemukakan.  Ini mungkin boleh menjadi pemangkin kepada lebih ramai lagi pengguna forum ini. Apa pendapat admin dan pengguna mesra yang lain?
in Human Resource Management 34,630 points 18 61 148

3 Answers

10 votes
 
Best answer
Matlamat J-Cop Cafe ini adalah sebagai ruang Perkongsian Maklumat, Pengalaman dan Idea bagi menyokong Knowledge Management yang kini sedang dilaksanakan oleh Jabatan. Sebarang soalan 'santai' dan 'mesra' adalah amat dialu-alukan pada pandangan saya selagi mana ianya dapat menyumbang kepada peningkatan kreativiti dan inovasi warga JKR.
14,260 points 28 50 83
selected by
7 votes
Sy setuju & sokong saranan ini.
410 points 1 4 6
5 votes
Ya....amat bersetuju jika ianya dijadikan persada kepada minda warga JKR. Dapatlah kita sama-sama merealisasikan pembudayaan ilmu dari minda ke mata pena (melalui maya).

Pada pendapat Kak Sham....asalkan ia tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mengaitkan ras dan agama.
280 points 1 3
...