search
Log In
21 votes
74 views
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini, terdapat Viral di laman sosial berkenaan dakwaan bahawa ada kakitangan JKR tidak menjalankan tugas dengan betul semasa membuat pemantauan. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa ketebalan turapan jalan adalah 30mm dan tidak mengikut spesifikasi 50mm. Terlebih dahulu mohon maaf kerana saya bukan pakar dalam bidang tersebut, saya daripada cawangan elektrik. Cuma apa yang saya hendak nyatakan disini, apakah kita mempunyai saluran-saluran untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu sekiranya dakwaan tersebut adalah tidak benar. Hal ini perlu dipandang serius kerana dakwaan tersebut juga pada masa yang sama mengaitkan kakitangan JKR dengan elemen rasuah. Sekiranya ia tidak benar, ia telah mencemarkan imej jabatan dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil segera agar persepsi masyarakat terhadap kredibiliti JKR tidak terhakis. Mohon pencerahan.

Terima kasih.
in Stakeholders Management 4,490 points 6 16 27

2 Answers

6 votes
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil dalam isu-isu sebegini:

1. Diam sahaja, kerana golangan kaki viral ini akan guna berbagai-bagai alasan untuk menegaskan kebenaran atau kebathilan mereka.

2. Lapor kepada polis jika tedapat unsur-unsur fitnah, walau bagai mana pun geng-geng ini akan terus berkata akaun kena 'hack' untuk tidak bertanggung jawab.

3. Kakitangan JKR perlu lebih pro-aktif dan berada dikalangan mereka bagi memudahkan maklum balas.

Saya pernah berkursus di KKR berkaitan Media Sosial dan sebaiknya bagi setiap pejabat JKR Daerah/Negeri/Cawangan mempunyai strategi mengikuti kaki-kaki viral dengan mengunakan akaun bukan rasmi bagi menangkis sebarang tuduhan. Ini dipanggil cyber trooper dan telah digunakan oleh beberapa agensi bagi menangkis sebarang tuduhan.

Bak kata pepatah, kalau nak menari marilah menari di lantai yang sama..
34,630 points 18 61 148
0

Setuju dengan pandangan En Muhammad Zaini. Apapun pendekatan berhemah adalah diperlukan.

Pendekatan Pengurusan Atasan sekarang adalah menarik mereka daripada pengkritik menjadi peminat (from critics to fanatics). Tidak perlu berdebat dan saling melontar tuduhan mahupun turun-naik mahkamah (kecuali benar-benar perlu). Kita hanya perlu memberikan maklumat tepat dan sebenar. Kalau hatinya inginkan kebenaran, dia akan terima dengan baik. Kalau niat asalnya memang untuk berglamor di media sosial dengan menghambur tuduhan kepada agensi popular macam JKR ni, apapun yang kita buat tidak akan berhasil. Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Tak perlu berhabis tenaga untuk menyekolahkan mereka.

BKK sudah mencadangkan penubuhan JK Mempromosi JKR dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil cawangan-cawangan dan ia sudah diterima oleh Mesyuarat JPP. Tujuannya ialah untuk memaklumkan kepada public apa yang kita telah, sedangn dan akan laksanakan untuk mereka dan menjawab permasaalahan mereka secara edukatif dan faktual. 2 mesyuarat telah dibuat. Kami dalam memperolehi bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan BAHAN PROMOSI.

Insya Allah JKR akan kembali menjadi Agensi Kesayangan Rakyat.

3 votes
Pada pendapat saya, seseorang warga JKR yang memegang akaun individu media sosial juga boleh memainkan peranan membantu jabatan dalam situasi ini (sebaiknya menggunakan akaun khas/ anonymous), kerana di dalam media sosial, hujah peribadi amat membantu di samping jawapan rasmi jabatan. Sebagai contoh, jika tuduhan dibuat tanpa sebarang bukti, warga jabatan boleh terus memberi maklumbalas kepada si penuduh dengan menanyakan bukti kukuh kepada tuduhan tersebut. Jika tiada maklum balas atau penuduh membalas dengan jawapan yang tidak relevan/ bahasa yang kasar, warga jabatan boleh membuat aduan atau panjangkan kepada akaun media sosial Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM), pihak polis atau lain-lain agensi yang terlibat. Tindakan ini sekurang-kurangnya akan membuatkan si penuduh tidak berani lagi untuk menimbulkan sebarang isu tanpa bukti kukuh.
720 points 1 4 11
...