search
Log In
20 votes
45 views
Apakah Recent Issue relate to Sustainability Management berimpak tinggi, rujukan (I=PAT) yang sedang hangat di peringkat Global selain dari Haze, Global Warming dan isu-isu lama..
in Project Management 9,540 points 25 58 109

1 Answer

4 votes

Assalammualaikum,

Saya memang selalu perati soalan ini namun tiada maklum balas dan biarkan ianya sering terpampang sebagai soalan yangmasih belum dijawab. Namun setelah di 'KADER" kan di Politeknik ini barulah saya mempunyai sedikit idea untuk dikongsi bersama. Kebetulan isu Sustainablitity Management ini ada kait-mengait dengan Teknologi Hijau, pengurangan gas hijau dan jejak karbon. Sejajar dengan itu timbullah produk-produk yang kononnya dapat membantu pengurangan pencemaran ini dan seterusnya meningkatkan Kelestarian (CAS mungkin boleh betulkan).Politeknik ini pun mula mengorak langkah pensijilan LEED bagi mencapai penarafan tersebut.

Sungguh pun demikian, bila diperhatikan, menjadi (sustainable) lestari bukanlah bermakna menjadi berhemah/berjimat. Berbanding dengan model 'Danish Pig Farm' yang popular sebagai rujukan pengurusan lestari, pelaksanaan kelestarian di Malaysia dan mungkin dunia ketiga adalah kos tambahan yang perlu ditanggung oleh rakyat negara tersebut. Istilah lestari semacam menjadi alat perniagaan negara pelopor seperti Australia dan lain-lain negara di Eropah untuk melambakkan hasil inovasi mereka yang kononnya lestari untuk diuji cuba oleh negara yang terpengaruh dengan cogankata hijau tersebut.

Ini bermakna, isu utama ialah penjarahan istilah "kelestarian" untuk memaksimakan keuntungan pihak kapitalis. Menentukan kelestarian dengan persijilan adalah kaedah yang menjajah secara tidak langsung. Sebagai contoh pengunaan hydro carbon gas bagi mengantikan R22 dalam sistem penyaman udara akan menyebabkan kos yang tinggi kerana pengunaan produk tersebut yang dimonopoli oleh sesetengah negara.

Sekadar perkongsian..

34,630 points 18 61 148
...