search
Log In
25 votes
274 views
in Human Resource Management 50,150 points 24 102 239

4 Answers

14 votes
 
Best answer
Pada pandangan saya, ianya perlu sejajar dengan hasrat JKR menjadi Peneraju bidang kejuruteraan. Selain bertujuan untuk memberi ruang berinteraksi bersama jurutera swasta yang telah terbukti kepakarannya, ia juga memberi peluang membina keyakinan dikalangan jurutera JKR.

Selain itu, pelanggan JKR juga akan lebih yakin kerana dapat berurusan dengan mereka yang telah diiktiraf pakar oleh satu badan yang berkecuali.
34,630 points 18 61 148
selected by
13 votes
Dari segi perspektif tugas hakiki, sebagai Jurutera yang berkhidmat dalam Kerajaan, pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional (P.Eng) tidak diperlukan selagi mana kita mematuhi Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dengan berdaftar sebagai Jurutera bagi mempraktikkan amalan kejuruteraan.

Walaubagaimanapun, dari perspektif pembangunan kerjaya, pencapaian peribadi dan persaingan global, pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional (P.Eng) adalah amat penting kerana:-

1. Bagi memastikan perkhidmatan kejuruteraan yang disediakan di negara ini adalah berkualiti tinggi, menepati etika profesional dengan penanda aras amalan kejuruteraan terbaik.

2. Bertepatan dengan imej dan reputasi JKR sebagai Badan Teknikal Terunggul Kerajaan menerajui kejuruteraan pembinaan fasiliti dan infrastruktur negara.

Justeru, pengiktirafan sebagai Profesional dan Kompeten kini adalah penting samada bagi Jurutera, Artikek mahupun Juru Ukur Bahan.
14,260 points 28 50 83
8 votes
Dari segi keperluan, pegawai kerajaan tidak memerlukan pengiktirafan P.Eng. memandangkan agensi teknikal seperti JKR berada di pihak yang berkuasa yang mewakili kepentingan orang awam. Walau bagaimanapun, dari sudut Imej jabatan selaku agensi teknikal adalah lebih baik memiliki pengiktirafan P.Eng. selain untuk kegunaan masa hadapan bagi yang bercita-cita membuka firma perunding.
930 points 5 11 16
3 votes
Perlukan Jurutera JKR mendapatkan Professional Engineer with Practicing Certificate (PEPC)?
2,110 points 3 5 11
...