search
Log In
19 votes
55 views

Sepertimana yang kita tahu, Komunikasi Berkesan amat penting dalam mana-mana organisasi bagi memastikan:-

1. Maklumat sampai dengan tepat dan pantas.

2. Keputusan dapat diambil dengan efektif dan mengambil kira keseluruhan gambaran maklumat.

3. Mengelakkan berlaku salah faham di dalam atau luar organisasi.

dan lain-lain lagi. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan budaya komunikasi berkesan berlaku dan berterusan di JKR?

in Human Resource Management 14,260 points 28 50 83

1 Answer

7 votes

Isu komunikasi berkesan, pada pandangan saya adalah sesuatu yang subjektif dan mempunyai perbagai telahan dan taksiran. Sebagai seorang yang pernah bekerja dengan syarikat Multi Nasional yang telah bertapak lebih 40 tahun di Malaysia, dengan pendekatan aggresif bagi memurnikan komunikasi antara kakitangan dan masyarakat seperti kursus/motivasi kerja berpasukan, aktiviti kekeluargaan dan kerja khidmat sosial yang berterusan masih juga tidak dapat mencapai tahap yang diingini. Bayangkan, jika sebuah organisasi yang berasaskan keuntungan juga masih terkapai-kapai mencari titik persamaan. 

Berikut adalah pendekatan yang mungkin boleh dipertimbangkan:

1. Perlu sentiasa adakan sesi dialog dalam jabatan dan antara jabatan serta komuniti yang berkait dengan fungsi dan peranan jabatan dalam negara.

2. Semua warga perlu peka dan perlu didedahkan dengan hala tuju sebenar jabatan. Terapkan nilai atau tujuan sebenar JKR diujudkan dan peranan mereka membantu JKR merealisasikan perkhidmatan terbaik buat rakyat. Ramai kakitangan terutama kumpulan sokongan yang tidak pasti dengan matlamat sebenar jabatan.

3. Semua pihak perlu lebih ikhlas dalam menjayakan sesuatu tugas dan memahami bahawa kerja merupakan suatu ibadah yang tidak boleh dipandang remeh.

4. Mencari pesefahaman bermaksud adakalanya setengah pihak perlu memendam perasaan atas perkara-perkara yang tidak menyebelahi mereka. Ini bermakna semua perlu bersikap terbuka dalam setiap perkara. Sesuatu yang agak sukar, termasuk yang memberikan jawapan ini.smiley.

Perlu diingat, semakin besar sesuatu organisasi maka semakin sukar perkara ini dilaksanakan. Usaha yang berterusan dan gigih serta komitmen yang tinggi dari semua warga adalah amat diperlukan.

 

 

34,630 points 18 61 148
...