Lift/Elevator ialah sistem pengangkutan samada untuk Manusia atau barangan. Ia mengandungi ciri-ciri keselamatan kerana melibatkan pergerakan turun/naik dan nyawa Manusia. Seperti kenderaan lain ia bergerak dan diklasifikasikan sebagai mekanikal. Apa yang bergerak adalah mekanikal (Asas yang kita belajar).
Sesiapa sahaja boleh merekabentuk dan membina system ini jika mereka ada kepakaran/kompetensi . Di JKR ada Jurutera Mekanikal dan mereka ada kompetensi dalam bidang ini, Jadi Sistem Lif ini di senaraikan dibawah kompetensi Mekanikal dan JKR pertanggungjawabkan kepada Jurutera Mekanikal untuk melaksanakannya.
Walaupun system lift ini terdiri dari komponen Elektronik, Elektrikal, Struktur dan Sivil, Komponen utamanya ialah mekanikal. Ujian keselamatan lift bergantung kepada sistem mekanikalnya seperti yang dinyatakan oleh Ir Gopal diatas. Kalau system ini gagal maka keselamatan penumpang akan tergugat.
Kekeliruan berkaitan amalan Kejuruteraan yang salah atau betul bergantung dari sudut kompetensi itu sendiri. Jika seseorang itu kompeten, mereka layak untuk menyelia dan mengesahkan sistem tersebut. Jika kita mengikut etika Kejuruteraan yang betul, tidak salah untuk ambil Bahagian. Kalau seorang Jurutera Sivil berasa beliau kompeten dalam system lif, maka tidak salah beliau melaksanakannya dan mestilah dengan tanggungjawabnya sekali. Jika Jurutera Elektronik, Jurutera Elektrik atau Jurutera Struktur dan lain-lain Jurutera waima Juruukur Bahan kompeten dalam system lif, maka mereka boleh mengendalikan dan bertanggungjawab dengannya.
Kenyataan diatas adalah pandangan peribadi saya. Saya berpandangan sekiranya kita berkompeten dalam apa yang kita ceburi, maka kita boleh melibatkan diri dan bersama dengan tanggungjawabnya sekali. Kita adalah Jurutera JKR. Sekian.