search
Log In
14 votes
74 views
in Assets & Facilities Management 2,590 points 8 13 26 1 flag

2 Answers

6 votes

Refurbishment merupakan kerja-kerja baikpulih atau naiktaraf sesuatu bangunan sebagai penambahbaikan untuk menjadikannya lebih baik dari aspek penampilan atau kefungsian bangunan tersebut di samping untuk meningkatkan prestasi (performance) bangunan dengan mengaplikasi teknologi baru seperti IBS/Green building dalam kaedah pembaikan yang dipilih.

Rehabilitation merupakan satu proses atau kerja-kerja pembaikan terhadap komponen bangunan (bangunan yang telah lama dan uzur) yang telah mengalami kerosakan/kecacatan untuk mengembalikan ia kepada keadaan dan fungsi sediakala.        

1,260 points 4 6 14 1 flag
5 votes
Terdapat juga istilah yang lebih khusus yang telah digunakan pada projek - projek sekarang iaitu melibatkan RETROFITTING, REFURBISHMENT dan REPAIR.

1. Retrofitting biasanya selalunya melibatkan projek pembaikpulih bangunan dengan menambahkan elemen - elemen yang sebelum ini tiada di dalam bangunan tadi. Sebagai contoh memasang sistem pendingin hawa atau udara bercekapan tenaga tinggi bagi penjimatan kos penggunaan dan pengurangan pembebasan karbon ke alam sekitar. Retrofitting melibatkan pengambilan/pengrekodan data sebelum dan selepas projek terbabit dilaksanakan, ini untuk memastikan objektif retrofitting terbabit adalah tercapai.

2. Refurbishment - melibatkan proses kerja - kerja penambahbaikan untuk menjadikan ianya lebih baik daripada fungsi asal/semasa. Selalunya lebih kepada keadaan fizikal (aesthethics) dan juga keperluan - keperluan asas bangunan berkenaan. Kadangkala ianya juga mempunyai elemen - elemen retrofitting.

3. Repair - proses kerja yang mengembalikan sesuatu keadaan kepada fungsi asal tanpa melibatkan apa - apa naik taraf fungsi/keadaan.
2,170 points 2 7 17
...