search
Log In
29 votes
111 views
Pada masa ini didapati bila berlaku kelemahan atau kesilapan dalam rekabentuk bangunan, the "Blame Game" starts dan kita lupa bahawa walaupun kita dari beberapa cawangan/disiplin yang berlainan tetapi kita berkerja untuk 1 Jabatan iaitu JKR. Sila beri pandangan dan cadangan untuk mengatasi masalah ini supaya prestasi jabatan dapat dipertingkatkan.
in Communication Management 3,420 points 4 23 27

3 Answers

15 votes

Situasi salah-menyalah terjadi bila tiada yang mengakui kesilapan. Risau akan dikenakan hukuman akibat kesilapan tersebut mungkin menjadi punca utama perlakuan sedemikian. Apa yang penting setiap pihak perlu lebih positif, pihak yang melakukan kesilapan tidak perlu cuba untuk mencari sesuatu untuk dipersalahkan pula dan pihak yang lain pula tidaklah perlu untuk terus mendesak dan meletakkan segalanya kepada yang tersilap.

Perjumpaan lebih kerap perlu sebelum sesuatu tugas dilaksanakan bagi memberi kefahaman kepada semua pihak. Elakkan menghantar wakil. Kesilapan menyampaikan semula maklumat yang telah dibincangkan mungkin akan menimbulkan masalah. "Old Phone Effect". Manakala perbincangan selepas terjadi kesilapan seharusnya menjerumus kepada penyelesaian masalah. Semua pihak sepatutnya berpegang kepada konsep 1 Jabatan yang diwakili dan matlamat utama ialah ke arah nama baik Jabatan.  

Mengadakan program yang menjerumus kepada kerjasama berpasukan antara kesemua disiplin di semua peringkat juga perlu dibanyakkan. Bengkel-bengkel koordinasi antara disiplin juga boleh diadakan bagi mengatasi segala jurang yang timbul akibat dari penkhususan bidang masing-masing.

Apa yang lebih penting semua pihak perlu peka dengan tugasan masing-masing dan sentiasa membuka ruang untuk teguran dan menerima teguran demi kebaikan semua.

Sekadar pandangan...

TK

 

34,630 points 18 61 148
6 votes
JKR boleh di ibaratkan sebagai sebuah keluarga yang sangat besar. Oleh itu tentulah setiap hari ada masaalah komunikasi dan penyelarasan tugas antara anak-anak, ibu dan bapa. Hanya ibu/bapa sahaja yang memahami masaalah keluarga ini dan penyelesaian adalah berada di tangan beliau.
520 points 1 4 7
9 votes

Pandangan dan cadangan saya :-

1. Kerjasama Berpasukan

Kita ibarat satu keluarga / pasukan. Tetapi bila mesyuarat antara HOPT dan HODT kerap berlaku salah faham kerana :-

  • masing-masing tidak faham norma kerja disiplin lain.
  • setiap HOPT dan HODT mempunyai bos yang berlainan. Ibarat  dalam satu sampan ada 3 pendayung dan 3 pengarah. Bagaimana nak sampai garisan penamat?

2. Komunikasi dan Perbincangan Dua Hala

Kadang-kadang semasa mesyuarat berlaku salah faham di hadapan klien kerana disebabkan perkara yang kecil. Dengan kewujudan email, sms, telefon, whats app dan sebagainya, sepatutnya jurang ini boleh dikurangkan.

3. Bengkel

Ini adalah suatu cadangan yang dirasakan perlu bagi mempercepatkan sesuatu proses. Namun, kadang-kadang ianya memberi kesan positif, kadang-kadang ianya memberi kesan negatif kerana mengambil masa kerja. 

Contoh:- Bengkel Penilaian Tender (5 hari), Bengkel Penyediaan Brif (2 hari), Bengkel Rekabentuk (5 hari). 

Melalui bengkel ini, kesannya adalah kerja dapat disiapkan dalam tempoh bengkel tanpa apa-apa gangguan dan kerja dilakukan dalam semangat berpasukan, not working in silos.

14,260 points 28 50 83
...