Saya telah berpeluang merasai pengalaman bersama Audit Negara bagi beberapa projek hospital. Setakat ini saya masih bernasib baik kerana tidak di hadapkan ke J/K Siasatan kerana penglibatan saya hanya semasa tempoh DLP. Saya dukacita dan simpati terhadap rakan-rakan yang telah dihadapkan ke J/K berkenaan. Saya berdoa mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Pada pengamatan saya, pihak audit telah mahir dalam mencari kesilapan JKR kerana kesilapan yang di temui hampir sama bagi sesuatu jenis projek, misalnya projek-projek hospital. Oleh itu soalan-soalan audit menjurus kepada beberapa aspek kerja, misalnya pengurusan kenderaan projek dan alatan, pemantauan kerja, lukisan as-built dan membaiki kecacatan. Soalan audit boleh berbentuk soalan terbuka hasil carian internet mereka.
Bagi menjawab soalan audit, orang yang berada di jabatan pada masa berkenaan sahaja yang akan bertungkus lumus menyediakan jawapan berpandukan rekod-rekod yang ada. Keadaan amat mencabar jika pengurusan rekod kurang baik, kakitangan terhad dan masa yang pendek di berikan oleh pihak audit.
Saya tidak mahu memberi ulasan lebih panjang berkaitan perkara diatas. Harapan saya agar pihak pengurusan memberi perhatian serius tentang masaalah ini kerana semua projek bernilai besar (contoh: hospital 100 juta) akan diaudit. Kelemahan-kelemahan yang di kenalpasti oleh audit perlu di analisa dan strategi perlu disusun agar kelemahan tersebut tidak berulang lagi.
p/s : Ada rakan saya yang terlibat dengan projek-projek yang diaudit telah mohon untuk bersara awal.