search
Log In
21 votes
82 views
in Project Management 10,190 points 33 70 108

2 Answers

4 votes

Tuan, kalau kontrak Design and Build konsep functionality dan fit for purpose merupakan aspek utama kontrak ini. Sekiranya need statement adalah terlalu general tanpa menyebut bantal dan tilam maka pihak tuan hendaklah membuat pertimbangan berdasarkan konsep yang disebutkan tadi. Sebagaimana yang diketahui sesebuah katil tidak lengkap atau berfungsi sepenuhnya tanpa tilam tetapi boleh berfungsi tanpa bantal sahaja...oleh itu, tuan boleh memutuskan bahawa dalam reka dan bina, sesebuah katil atau bed hendaklah sekurang-sekurangnya mempunyai tilam...manakala bantal dan juga accessories lain seperti cadar adalah optional sahaja.

2,880 points 6 12 29
0
Thank you Hisham, that makes sense!
0
Setuju dengan jawapan tuan hisham. Konsep design & build adalah berdasarkan "single point responsibility". Pihak kontraktor hendaklah merekabentuk projek merujuk kepada need statement kerajaan. Walaupun need statement kerajaan kelihatan kurang jelas namun pihak kontraktor bertanggungan memastikan skop kerja yang disiapkan adalah berfungsi, fit for purpose dan selamat digunakan/diduduki.

Contohnya jika pihak kerajaan telah menyediakan maklumat asas seperti laporan S.I. tidak bermakna pihak kontraktor tidak perlu lagi meneliti laporan tersebut.

Pihak kontraktor masih bertanggungjawab memastikan laporan S.I tersebut adalah accurate dan boleh digunapakai untuk tujuan skop kerja berkenaan.
0
Terima kasih atas penjelasan di atas. Saya sangat menghargainya.
2 votes
Melaksanakan kontrak D&B memang boleh berlaku kekeliruan di pihak petender yang akan menawarkan harga jika need statement tidak jelas skop keperluan dan spesifikasi fungsi bangunan dan sistem kelengkapan. Contoh keperluan katil ini memang biasa berlaku. Kebiasaannya pihak pelanggan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia membuat perolehan sendiri untuk katil, tilam dan bantal melalui kontrak pusat. Ini dapat menjimatkan kos skop perabut dan asesori bangunan yang meningkatkan kos projek. Jika kementerian pelanggan yang lain mungkin mahukan skop perabut dan asesori dimasukkan dalam kos projek D&B maka seharusnya katil dilengkapkan dengan tilam dan bantal termasuk segala asesori tetapi perlu dijelaskan dalam permohonan peruntukan dari EPU melalui pelanggan. Projek boleh diserah terus kepada enduser as fit for purpose.
500 points 2 6
...