Seorang HOPT dalam Pengurusan Fasiliti perlu mempunyai kelayakan profesional (Sr, Ir, Ar dan lain-lain yang setaraf) berserta pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 10 tahun ke atas bagi membolehkan beliau memimpin sesuatu pasukan projek. Kelayakan sebagai Sarjana Pengurusan Fasiliti adalah terlalu umum dan adalah lebih baik sekiranya HOPT mempunyai pengalaman dalam kesemua bidang yang terlibat seperti aspek awam, elektrik, mekanikal, pengurusan pentadbiran dan kewangan serta perundangan agar beliau mampu bertindak dalam apa jua masalah atau isu-isu berkaitan yang akan berbangkit di masa hadapan.