search
Log In
15 votes
30 views
Sejauh manakah dan apakah aplikasi SHM yang digunakan JKR Malaysia dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan/penambahbaikan struktur jambatan di seluruh Malaysia? Adakah teknologi terbaru atau praktikal yang kita gunakan bagi mengetahui life span sebenar (real-time) sesebuah jambatan dari masa ke semasa? Apakah perancangan kita ke arah itu memandangkan banyak faktor luaran yang menyebabkan kerosakan kepada jambatan seperti gempa bumi, banjir, overloading heavy vehicle, environment dsb?
in Bridge 6,300 points 14 36 89

1 Answer

3 votes

Sekadar berkongsi pandangan dan pengetahuan…….

Untuk pengetahuan pihak tuan JKR telah lama wujudkan sistem penyenggaraan struktur jambatan sejak 90ans lagi.

Bridge Management System telah lama digunakan sebagai alat untuk merekodkan data-data jambatan dan untuk tujuan penyanggaraan. Data-data tersebut akan dikemaskini setiap tahun melalui satu tindakan tahunan yang dinamakan sebagai Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ) yang dilaksanakan oleh pihak Daerah masing-masing,

Data-datanya adalah seperti :-

  1. Bridge Inventory Data.
  2. Bridge Data.
  3. Bridge Condition Data by components.

Susulan kepada itu pemohonan peruntukan akan dilaksanakan oleh pihak daerah berkaitan untuk mendapatkan bajet untuk tujuan penyenggaraan dan pembaikan.

Skop kerjanya adalah seperti :-

  1. Penyenggaraan biasa.
  2. Pembaikan biasa.
  3. Rehabilitation.
  4. Strengthening.

Secara lazimnya life span sebenar (real-time) sesebuah jambatan akan berasakan kepada design life diperingkat awal. Life span sesebuah jambatan akan merosok menjadi singkat melalui tempoh penggunaan jika tidak disenggara dan dibaiki dengan baiknya mengikut kehendak beban tanggungan yang telah direkabentukkan.

Segala factor luaran yang akan menyebabkan kerosakan jambatan seperti gempa bumi, banjir, overloading heavy vehicle sepatutnya diambil kira sebagai parameter dalam rekabentuk.

Perihal isu pengaruh environment yang berkait rapat dengan kedudukan lokasi jambatan dan punca pencemaran alam lain yang mampu mengugatkan atau merosotkan tahap ketahanlasakan struktur, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan:-

  1. Perekabentuk harus mengambilkira punca sumbangan tersebut dengan meningkatkan:-
    • Tahap kualiti konkrit dengan campuran bahan saperti Ground Granular Blastfurnace Slag (GGBS) dan Pulverised Fuel Ash (PFA) yang mampu meningkatkan kepadatan dan kekuatan konkrit untuk menghadapi “foreign ingress” seperti chloride dan carbon dioxide.
    • Tingkatkan lagi ketebalan penutup konkrit.
  2. Susulan kepada itu kita perlukan juga mengamalkan kaedah penyenggaraan yang lebih rapi dengan penggunaan bahan pembaikan yang lebih bersesuian demi meningkatkan lagi kapasiti ketahanlasakan jambatan supaya life span itu dapat dipanjangkan.
48,820 points 106 195 351
edited by
...