1. SCC boleh digunakan sebagaimana konkrit biasa iaitu untuk cast komponen2 struktur seperti tiang, rasuk, papak dan lain-lain.
2. SCC ini dipelopori oleh Prof Okamura daripada jepun pada tahun 1980an. Prof Okamura dan rakan penyelidiknya, Ozawa telah menggariskan kaedah2 berikut untuk mencapai kriteria self-compactability:
- Limited aggregate content and higher powder content
- Low water powder ratio and use of superplasticizer
- Co-exist of high deformability and high viscosity
Dalam bahasa mudahnya, SCC ni patutnya tak payah vibrate pun dah boleh padat sendiri dalam formwork tanpa ada masalah honeycomb, bleeding dan lain2. saiz coarse agg juga dikawal supaya takde masalah sangkut kat celah2 spacing rebar.
3. Boleh digunakan sepertimana dan seperti keadaan mana konkrit lain digunakan, mempunyai kelebihan jika tempat yang digunakan sukar untuk proses vibration menggunakan mesin vibrate sepertimana praktis biasa. Boleh mengurangkan bilangan tenaga kerja manusia dan mengurangkan kesilapan akibat human factor. problem statement sampai terciptanya SCC ni pun sebab masalah shortage tenaga kerja di jepun pada masa tu.
4. Bahan asas sepertimana konkrit lain, OPC, air, fine and coarse aggregate dan biasanya guna superplasticer sebab water cement ratio yang digunakan adalah rendah. Pengunaan cement replacement material seperti silica fume, abu terbang (fly ash) dan lain-lain adalah praktis biasa. Perhatian lebih perlu diberikan kepada mix design dan kawalan kualiti yang ketat adalah perlu ketika membancuh SCC.