Pengalaman semasa terlibat dalam pembinaan beberapa buah masjid, perlu disemak sama ada sumbangan tersebut merangkumi kos pemasangan, pendawaian dan aksesori berkaitan seperti pemalap (dimmer) dan sebagainya. Penting juga mendapat nasihat berkenaan berat yang dapat ditampung oleh kubah masjid dan bersesuaian dengan keadaan kubah. Begitu juga sistem pengantungan yang bakal digunakan. Pernah di satu projek, chandelier telah diturunkan semata-mata kerana tidak sesuai dengan kubah yang dipasang.
Paling utama islah sistem pendawaian. adakalanya bila digabungkan bagi semua mentol yang dipasang melebihi kapasiti pendawaian. Di masjid Bukit Aman, chandelier dianggarkan mengunakan kuasa sebanyak 2000 watt, jauh melebihi anggaran asal jurutera perunding ketika itu. Jadi kami kena buat pendawaian semula.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan.