search
Log In
32 votes
253 views
Menyedia dan mendapatkan kelulusan PP atau wakil PP dalam tempoh 14 hari selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan adalah ruanglingkup tanggungjawab kontraktor. Mewakili pihak kerajaan sebagai SO atau wakil SO berkenaan, apakah ciri-ciri yang boleh dilihat sebagai ciri-ciri yang baik di dalam sesebuah Work Program yang dikemukakan oleh kontraktor berkenaan agar sedikit sebanyak ia dapat membantu sebuah projek dari aspek pengurusan, pentadbiran kontrak dan lain-lain?
in Time Management 320 points 1 2 6 1 flag

6 Answers

7 votes
antaranya...........kemunasabahan resources , tempoh mula dan siap aktiviti..dan .'curve' nya ada gambaran bentuk -S,,,bukan straight line
4,430 points 3 15 54
13 votes
Semasa menjadi wakil tapak kontraktor, perkara paling rumit adalah menyediakan WP. Banyak perlu diperhalusi sejajar dengan keperluan kerja yang bakal dijalankan. Antara ciri utama yang saya tekankan pada ketika itu ialah:

1. Perancangan kerja yang bakal dijalankan adakah munasabah, berturutan dan tertib.

2. Kenal pasti akitiviti kritikal dan float. Sebagai kontraktor, saya memang minat meletakkan kerja berunsur kritikal terutama yang melibatkan kesilapan/kelewatan Perunding besar kemungkinan akan berlaku. Manakala sebagai PP kita perlu meneliti semula perkara tersebut dan perlu betul-betul faham keadaan di tapak.

3. Pernah juga dahulu semasa buat WP, perancangan kewangan dan material/bahan juga diatur sama. Ini memudahkan pesanan terhadap barangan dilakukan. Paling penting perancangan kewangan semasa projek diambil kira. (Cash flow).

4. Pastikan masa kerja-kerja kemasan adalah semunasanah mungkin. Kerja-kerja kemasan adalah lebih rumit dan memakan banyak masa dan wang.

5. Elakkan kerja 'premature' bagi mengelakkan kerja dua kali.

6. masukkan juga elemen kerja-kerja NSC seperti elektrik dan mechnical ada dalam WP. Paling penting urusan dengan pihak berkuasa tempatan/air/elektrik yang mungkin akan memakan masa perlu dinyatakan dalam WP.

Perkongsian serba sedikit pengalaman menyediakan WP.
34,630 points 18 61 148
15 votes

Salam semua,

Work Program adalah satu elemen yang teramat penting di dalam pelaksanaan projek. Justeru itu pemahaman yang khusus perlu ada untuk semua, ESPECIALLY those yang akan menjaga atau supervise KERJA-KERJA PEMBINAAN.

Izinkan saya untuk mencoretkan kata kata mengenai work programme dan perkara perkara yang sewaktu dengannya, mengambil iktibar dari pengalaman saya yang sedikit dalam supervising projek.

Perkara perkara yang perlu diberi penekanan ( I am talking about work programme menggunakan primavera atau Microsoft project and not simple gantt chart which is manually prepared)

1. Jurutera atau any P&P yang ingin di hantar ke projek  WAJIB mengikuti kursus asas Projek Planning and Scheduling (dan kalau diizinkan ke peringkat seterusnya) di mana di beri tunjuk ajar dan guidance mengenai work programme/CPM and all that jazz. We hav a handful of experience officers yang memberikan kursus ini di bawah Cawangan Latihan Dan Latihan.

You'll be surprise to hear that some pegawai yang terlibat di dalam project supervision tidak pernah menghadiri these relevant courses. Its difficult to appreciate betapa pentingnya work programme ini kalau empunya badan sendiri tidak pernah menghadiri kursus kursus yang berkaitan same like its difficult for us to appreciate FAST CAR, when we ourselve never drive it. Setakat melihat kepada kelajuan dan mendengar deruman nya enjinnya BROOOMMMM BROOOMMMMM, we are actually 40% there.

2. Work Programme perlu disediakan oleh qualified programmer.  Make sure Project Manager bagi pihak kontraktor juga adalah well verse mengenai work programme dan adalah menjadi  tanggungjawab beliau untuk membentang kerja-kerja yang akan dijalankan berpandukan work programme yang telah di approve oleh SO/wakil SO di dalam mesyuarat tapak, especially pembentangan Project Tracking.

3. Pastikan work programme mempunyai at least minimum 5 layers of WBS. You'll be surprise when contractor hanya ada 1 layers sahaja di dalam pembentangan work programme nya. This give the indication that

i. beliau tidak tahu mengenai work programme

ii.beliau tahu tetapi tidak mengambil berat

iii. pegawai yang supervise projek sendiri tidak mahir untuk menilai work programme (Alhamdulillah sekarang ini kita dah ada a committee to look into the work programme - one thumb up from me)

4. work programme perlu realistic ie dari work programme kita boleh mendapat S curve untuk financial dan physical. Thus don't be too ambitious kerana the first 1,2 or maybe 3 month projek bermula, there are barely any physical progress. Thus meletakkan too many machinaries, or too high a  physical progress at the very very early stage of project is not so so realistic. If our graph is too high at the beginning of the project di khuatiri kontraktor tidak akan tercapai target, thus, baru start kerja SKALA dah menunjukkan projek delayed.

In other words unjuran must be realistic.

5. Pastikan work programme mempunyai flow yang cantik dari 0% progress hinggalah ke 100%. Ada work programme yang terputus putus flownya. Thus apabila di buka networkingatau pun critical path, di dapati critical pathnya terputus putus, melompat sana sini. The puzzles jess won't fit.

Please bear in mind that critical path is the longest path using all float yang ada. Kalau critical path sendiri putus sana sini, then how are we gonna nilai float yang ada. Don't be surprised kalau this is happening and its happening.

Ada yang argue  critical path need not be bersambung all the way from 0% to 100%. Sorry sir I beg to differ. CRITICAL PATH MUST BE THE LONGEST PATH FROM  0 to 100%. There's no 2 way about it.

6. Pastikan resources yang ditunjukkan di dalam critical path adalah realistic. Contoh: Kalau Tanah "hanya sekangkang dara " logic kah ada machinaries JCB sampai 6, excavator 4, dozer 2, lorry 8. Mana nak letak??? The reverse is also true, kalau kawasan pembinaan besar, tapi machinaries hanya ada 1 lorry dan 1 JCB, ini memberikan impression bahawa kontraktor belum bersedia.

7. Ini adalah sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kongsi dari sedikit pengalaman saya yang ada. Harap ianya dapat membantu. Ada banyak lagi yang perlu disentuh contohnya kewangan, human resources dan sebagainya, namun I believe, there's a lot of experienced JKR personnel out there yang boleh chip in dan membantu for the betterment of all.

ALLAHUMMA YASSIR WALA TUASSIR

cool

Thanks

14,930 points 12 51 137
0
ralat " sekangkang kera - maybe yg masih dara"

sorry for the typo
0
terima kasih tuan atas penjelasan
15 votes

Pada pandangan saya berdasarkan 'kekurangan' kontraktor semasa mengemukakan program kerja kepada wakil Pegawai Penguasa di tapak:

1. Program kerja perlulah logik dan realistik;

  • Mengikut objektif kerja/aktiviti yang betul (Cth: Kerja Super struktur - Rasuk perlu mempunyai aktiviti seperti aktiviti reinforcement works, formworks dan concreting works)
  • Aktiviti yang mengikut turutan (Cth: Kerja Sub struktur - bermula dengan kerja cerucuk - tetopi cerucuk - pangkal tiang) - Gunakan logical relationship yang betul (Start to Finish, Start to Start, Finish to Start atau Finish to Finish
  • Durasi aktiviti yang logik berdasarkan sumber (kos, masa dan pekerja yang akan dibekalkan)

2. Kerja prelimenaries bukanlah aktiviti kritikal

3. Memastikan terdapat aktiviti 'Mula' dan 'Tamat' untuk program kerja tersebut dengan meletakkan '0 hari'. Ia akan memudahkan wakil PP dalam mendapatkan tarikh siap sebenar dan jika berlaku EOT (sekiranya kontraktor layak terima EOT tersebut)

4. Memastikan kerja-kerja diluar kawalan kontraktor seperti kelulusan TNB dsb.nya diletakkan di dalam program kerja dengan menjadikan aktiviti tersebut sebagai 'milestone'. a akan memudahkan wakil PP dalam mendapatkan tarikh siap sebenar sekiranya berlaku EOT (sekiranya kontraktor layak terima EOT tersebut)

5. Memastikan kontraktor menunjukkan kerja-kerja kritikal di dalam program kerja tersebut. Dan ianya adalah logik.

6. Memastikan kontraktor mengemukakan fail program kerja tersebut sebagai 'Baseline' untuk kali pertama untuk tujuan kelulusan dan ianya akan dijadikan panduan. Seterusnya pastikan kontraktor mengemukakan program kerja-tracking bagi tujuan pemantauan dan kawalan.

7.Memasukkan kerja-kerja NSC di dalam program kerja. Kerja-kerja NSC tersebut perlu mempunyai sub-aktiviti yang jelas.

8. Work Breakdown Structure (WBS) yang jelas bagi tujuan pemantauan dan kawalan. Sekurang-kurangnya 4 level.

9. Adalah lebih baik program kerja yang disusun oleh kontraktor bukan mengikut turutan sepertimana di dalam BQ tetapi turutan kerja yang akan dibina di tapak. 

10. Program kerja tersebut boleh mendapatkan maklumat bagi kemajuan kewangan dan kemajuan fizikal di tapak bagi memudahkan wakil PP untuk pemantauan (bayar interim, memasukkan S-curve di dalam SKALA, dasb.nya)

Selain itu, boleh juga mendapatkan Work Programme Specification JKR daripada Unit Sistem & Kompetensi Pengurusan Projek, CPAB (kalau tidak silap saya). Sedikit sebanyak ianya dapat membantu. Insya Allah....

21,080 points 15 51 133
4 votes

Mematuhi standard/garis panduan yang ditetapkan dan diterimapakai. Di JKR, WP perlu mematuhi Garis Panduan Penjadualan Projek JKR. Antara ciri-ciri yang ditetapkan dalam garis panduan JKR:

1. Pembangunan WBS berdasarkan deliverable (produk/penyampaian), 

2. Aras WBS yang sesuai, sehingga pakej kerja (Aras 4)

3. Penjujukan aktiviti hendaklah logikal dan mematuhi keperluan teknikal.

4. Tempoh aktiviti hendaklah dianggarkan berdasarkan teknik yang ditetapkan.

5. Laluan kritikal (Critical Path) dan jumlah apungan hendaklah logikal.

Bila pembinaan sudah dimulakan:

1. Pengesan kemajuan projek dilaksana secara berkala dan pelaporan kemajuan berdasarkan standard ditetapkan.

2. Jika terdapat kelewatan, segera laksana pelan pemulihan.

1,270 points 3 20
0

Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat, Tn yes

1 vote

CPM adalah tools yang penting dalam pengawasan projek. Seharusnya CPM disediakan oleh qualified programmer dan Project Manager bagi pihak kontraktor perlu well verse mengenai work programme tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab PM untuk membentang kerja-kerja yang akan dijalankan berpandukan CPM yang diluluskan oleh SO/PD di dalam mesyuarat tapak.

CPM perlu realistic dimana kita boleh lihat S curve untuk progress financial dan physical. sepatutnya early stage projek, tidak banyak kerja physical yang dapat dibuat di tapak. Unjuran kewangan yang dibuat perlu realistic supaya kontraktor dapat mencapai target dan projek tidak menjadi delay. flow work program juga perlu cantik dari 0% progress hinggalah ke 100%.

3,930 points 3 21 54
reshown by
...